Saya hilang pertimbangan, saya beIasah perempuan tu bila tahu dia ada dlm rumah saya

Hati saya mula rasa tawar, saya cuba cari jalan untuk bercerai dengan suami. Setiap hari saya berdoa supaya Allah makbulkan doa saya. Satu hari, pada malam ke-8, lepas saya solat isyak anak – anak datang peIuk saya. Mereka menangis merayu supaya jangan bercerai alasan mereka buat saya tersentap..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat admin dan para pembaca ruangan ini. Hari ni saya nak bercerita tentang apa yang sedang berlaku dalam rumahtangga saya. Moga luahan ni dapat meredakan apa yang saya pendam selama ni.

Perkahwinan saya kali ni adalah perkahwinan yang kedua. Alhamdulillah dah masuk tahun ke-7 perkahwinan kami. Dan tahun ni merupakan tahun di mana saya menghadapi dugaan terbesar dalam hidup saya. Betul la orang cakap, lelaki akan diduga bila dia dah ada nama, pangkat dan harta.

Sejak 4 bulan kebelakangan ini, saya dapat tahu suami berlaku curang pada saya. Sepanjang 4 bulan ni juga la saya memujuk secara baik untuk dia sedar apa dia dah buat. Dan kemuncak sabar dan h4ncurnya hati saya bila suami bawa balik orang wanita tersebut ke rumah kami semasa ketiadaan saya dan anak – anak.

Saya percaya pada Allah. Saya percaya bila Allah nak tunjuk sesuatu, Dia akan tunjukkan walau dengan apa cara sekalipun. Percayalah, bila saya jumpa perempuan dalam rumah, hati saya sangat h4ncur. Saya jadi hilang pertimbangan sehingga saya membeIasah perempuan tersebut secukupnya.

Ketika itu saya dah nekad untuk bercerai dan berundur untuk suami dan wanita itu. Tak ada lagi air mata selepas kejadian tersebut. Selama saya menjadi isteri, saya dah cuba sehabis mungkin untuk suami dan anak – anak. Masa awal perkahwinan saya tak nafikan saya seorang yang jahiI dalam bab agama.

Solat sentiasa tinggal, Al-Quran jarang buka. Tapi Alhamdulillah, kejahiIan saya tu, perlahan – lahan saya betulkan. Saya rasa bersyukur antara hikmah perkahwinan ni saya dapat bentuk diri sendiri ke arah yang lebih baik. Saya sangka, suami akan lebih menghargai saya bila saya berubah ke arah yang lebih baik. Tapi saya silap.

Selepas kejadian, seminggu saya memikirkan cara untuk memulakan langkah penceraian. Cara macam mana saya nak terangkan pada anak – anak, kenapa saya membuat pilihan tersebut. Untuk makluman, saya membawa seorang anak dan suami membawa dua anak hasil dari perkahwinan yang lepas.

Alhamdulillah kami dikurniakan 1 anak pada perkahwinan ini. Selama seminggu juga saya tidur asing dengan suami. Pada malam ke 8 selepas solat isyak tiba – tiba anak datang memeIuk saya. PeIukan yang lain dari kebiasaan. Anak – anak meminta saya untuk tidak bercerai dengan suami.

Mereka tak mampu nak hadapi penceraian ibu bapa lagi. Tangisan dari anak – anak buat saya tersentap. Selama ni, dalam doa saya pada Allah, saya mohon agar Allah hadirkan orang yang boleh sayang dan hargai saya. Rupanya doa tu dah lama termakbul.

Sayang dan hargai tu bukan datang dari pasangan saya. Tapi dari anak – anak saya. Saya sebak. Saya menyesal. Terlalu mencari cinta dari orang yang tak sudi tapi hakik4tnya, ada yang sentiasa menyayangi dan menghargai saya setiap masa.

Orang cakap, kalau dah keadaan macam ni buat apa nak tunggu, buat apa nak bagi peluang. Saya boleh buat semua tu kalau saya penting kan diri sendiri. Tapi bila saya pandang anak – anak, saya tak mampu nak teruskan. Tak mampu untuk biarkan mereka menghadapi situasi penceraian.

Demi anak – anak saya mem4tikan niat saya. Demi anak – anak saya k0rbankan hati perasaan saya untuk bercerai. Sejujurnya, saya dah tawar hati pada suami. Bila saya pandang suami, saya rasa hati saya seperti debu yang di tiup angin, tiada perasaan.

Tapi bila saya pandang anak – anak, saya rasa jiwa saya jadi hangat. Saya rasa ada pelangi dalam hidup saya. Saya masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri pada suami. Makan pakai, amanah untuk menjaga harta dan anak semua saya buat tanpa banyak soal.

Saya berharap apa yang saya k0rbankan sekarang, satu masa nanti akan ada kemanisan untuk saya. Mohon pembaca mendoakan agar suami dapat mengharungi dugaan dia ketika ada nama, pangkat dan harta. Dan doakan la juga agar saya terus kuat untuk meneruskan perjalanan hidup, menjalankan tanggujawab dan amanah dengan ikhlas.

Saya percaya Allah tu ada. Dan saya percaya Allah tak beri apa yang kita minta. Tapi Allah beri apa yang kita perIukan.

Komen Warganet :

Lis Sandra : Wanita terutama isteri.. Perjuangan bukan hak kita kalau rasa takde keadilan. Kadang – kadang kita perlu berk0rban demi orang tersayang kita tak mampu bahagia bersama suami tapi bahagia dengan anak – anak.

Kalau itu pilihan puan teruskan asalkan puan rasa kebahagiaan itu bersama anak – anak satu hari bila tiba masanya akan hadir kebahagiaan untuk diri puan sendri percaya lah JANJI ALLAH PADA ORANG SABAR. SDmoga puan terus kuat sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup rumahtangga tahniah puan beIasah pihak ketiga kalau ada peluang lagi tolong beIasah suami puan juga biar ada keinsafan.

Bulan Tak Pernah Jauh : Saye selalu baca, ramai isteri bertahan kerana anak – anak. Betapa kuatnya ik4tan, jika melibatkan anak – anak. Tanpa anak – anak, dah tentu mudah untuk salah seorang keluar dari ik4tan perkahwinan.

Saya belum diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu. Tapi saya percaya, seorang isteri, bila – bila masa sahaja dia mampu untuk berpisah dengan suami, jika hati dan diri dis4kiti. Tapi bila meletakkan diri sebagai seorang ibu, sukar untuk membuat keputvsan untuk diri sendiri kerana priority adalah kebahagiaan dan kesempurnaan untuk anak – anak.

Terkadang, yang bermasalah cuma suami dan isteri. Tapi ik4tan seorang ayah dan anak, ibu dan anak, tak terjejas dan sangat akrab. Membiarkan anak – anak membesar dengan melalui situasi perceraian ibu dan ayah, bukanlah sesuatu proses perkembangan yang sesuai untuk mereka, menuju remaja. Apa pun, saya horm4ti keputvsan sis. Suami dan juga sis sedang di uji. Semoga segala yang baik – baik untuk diri sis dan keluarga.

Zulaikha Eiqa : Tahniah Puan.. Saya rasa puan wanita yang sangat hebat.. Apa yang Puan lalai hanya puan sahaja yang tahu dan tanggung. Saya doakan puan kuat, sabar, dan tabah hadapi apa pun keadaan dan saya harap suami Puan akan berubah ke arah yang baik. Kalau saya di tempat Puan, saya memang tak sanggup untuk duduk bersama dah. Tapi ini pilihan Puan. Semoga bahagia milik family Puan dan anak – anak.

Rajenaz Nazira : Awak orang yang hebat. Selama ni kalau saya baca / dengar tentang kecurangan, pandangan saya adalah move on, move for your happiness. Pandangan inilah yang akan saya suarakan atau terdetik dalam hati.

Tapi 1 pagi saya dengar tanyalah ustaz, “memaafkan itu adalah kemenangan sebenar”. Awak hebat semoga Allah kurniaan ketenangan jiwa dan kebahagiaan 1 Hari nanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.