Saya sorang je yang masih belum berkahwin dan kena jaga ibu ayah yang dah uzur. Kadang – kadang per4ngainya sangat ann0ying dan mengada – ngada. Dia nak perhatian. Saya dah panaskan kereta nak pergi kerja, tup – tup kene naik balik ke rumah sebab ayah ber4k dalam pampers. Mana adik beradik yang lain??
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbth.. Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada admin jika pos ini disiarkan. Nama saya Farah, berusia 30an, masih belum berkahwin dan tinggal bersama – sama ibu ayah yang telah tua serta uzur.
Tujuan tulisan ini bukan untuk luahkan rasa hati, sekadar berkongsi pengalaman sebagai anak bongsu yang telah diberi peluang oleh Allah menjaga ibu ayah terutamaya ayah yang s4kit terlantar. Saya mempunyai 4 orang abang dan 3 orang kakak yang masing – masing sudah berkeluarga dan tinggal berlainan daerah dan ada juga berlainan negeri.
Mereka sudah mempuyai keluarga masing – masing namun sebagai anak mereka sudah tentu juga masih bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka. Bukan sekadar bertanya khabar dari jauh sahaja dan melepaskan segala – galanya kepada saya untuk menjaga kedua orang tua.
Alhamdulillah ibu saya masih sihat dan dapat membantu menguruskan ayah saya walaupun kadang – kadang tak mampu disebabkan faktor usia ibu yang sudah melebihi 70 tahun. Ibu juga selalu saja s4kit lulut, semput, cepat penat tapi Alhamdulillah kerana dia dapat menguruskan dirinya.
Cuma ayah, segalanya perlu diurus dan dijaga seperti baby, bahkan kadang – kadang lebih dari itu. Kadang – kadang penat juga sebab saya bekerja, awal pagi sangat rushing perlu siapkan ayah sebelum pergi kerja. Kadang – kadang dah panaskan kereta, tup – tup kene naik balik ke rumah sebab ayah ber4k dalam pampers.
Jadi kena jugak tukar pampers sebelum pegi keje, takkan nak tunggu petang saya balik keje str3ss mak saya nanti dengan bau busuk dan nasib tak baik ayah saya bawak keluar naj1s tu habis melekat kat badan dan cadar. Keadaan ini sering saja berlaku dan macam – macam lagi keadaan yang teruk yang tak perlu saya mention kat sini, hanya doa yang terbaik saja untuk ayah.
Bab makan Alhamdulillah ibu saya yang uruskan, saya cuma perlu sediakan makanan dan ibu menyuapnya. Jika sekarang zaman covid19 dengan PKP, PKPB, PKPP, PKPD dan sebagainya boleh juga diberi alasan tidak boleh rentas negeri / daerah untuk melawat ibu bapa, sekarang dah boleh rentas daerah tau asalkan dah lengkap 2 dos vaksin saja.
Tapi keadaan sama saja mana diorang yang jauh – jauh nun datang jenguk pun walaupun dah lama lengkap vaksin ke tempat lain boleh pulak diorang pergi. Keadaan ini sebenarnya bukan baru berlaku setahun dua ni saja sebenarnya, dah bertahun – tahun sebelum muncul covid19 lagi.
Susah benar diorang nak jenguk ayah yang terIantar ni. Kalau datang pun 2, 3 jam dah blah dengan macam – macam alasan. Datang jap pun kalau tolong tukarkan pampers ker, suapkan makanan ker atau urut – urut badan sikit ok gak.
Ni tak macam orang lain saja, datang sekadar melawat sembang – sembang tanya khabar sikit pastu bIah. Nasib baik tingggal la seratus dua kat mak suh beli pampers ayah, nasib tak baik tinggal pesan je la suh jaga ayah baik – baik dan tinggal tips yang kononnya cara yang betul untuk jaga ayah.
Huh, itu saja ke yang kamu mampu wahai abang – abang kakak – kakak. Pesan, nasihat, tips bagai sesiapa pun boleh bagi, yang hadap segalanya saya. Kadang – kadang datang pun sebab menyinggah saja dari tempat lain atau nak ke lain bukan semata – mata nak melawat orang tua yang terIantar ni.
Mana perhatian dan kasih sayang kamu pada ayah, seolah – olah dipinggirkan. Tapi Alhamdulillah sebenarnya masih ada juga sorang abang dan sorang kakak yang masih ada rasa beIas kasihan dan rasa tanggungjawab yang kuat terhadap kami iaitu ayah, ibu dan saya.
Abang saya yang tu kadang – kadang datang la 2 minggu sekali ke jenguk kami. Walaupun perlu kebenaran surat polis nak rentas daerah ada gak usaha dia untuk datang tengok ayah dan bawa keperluan apa – apa. Kakak sorang tu pulak hari tu susah – susah balik kampung rentas negeri dengan tinggalkan suami sementara sebab nak bantu saya jaga ayah yang masuk wad ritu dan kadang – kadang saya tak mampu handle ayah sorang – sorang.
Syukur sangat – sangat dah ada dua orang tu, yang lain – lain mana??? Hanya whatsapp kadang – kadang saja, ayah rindu kat korang sebenarnya cuma dia tak mampu berkata – kata. Bercakap hanya mampu sepatah kata, selebihnya perlu diatur dan diurus segala.
Lupa nak cakap, ayah saya sebenarnya dah umur 80 lebih. Sebelum ini menghidap d4rah tinggi, bila campur tolak dengan usianya, peny4kitnya lebih kepada s4kit tua. Kadang – kadang ingat lupa, bercakap pun tidak jelas dan susah untuk bertutur, kadang – kadang melalut.
Tapi boleh lagi dia ingat nama anak – anaknya walaupun kadang – kadang tertukar. Maaf untuk saya katakan, kadang – kadang per4ngainya sangat ann0ying dan mengada – ngada. Mungkin dia inginkan perhatian atau ini mungkin ada pape kaitan dengan masa mudanya.
Sebagai anak yang menjaganya kadang – kadang saya juga tertinggi suara dan sedih dengan keadaannya. Namun, hanya mampu sabar dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan saya menjaga ayah dan ibu saya. Semoga abang – abang dan kakak – kakak juga tidak membiarkan ayah yang terIantar itu rasa terpinggir.
Ibu Alhamdulillah masih boleh uruskan dirinya sendiri, namun ayah perIukan perhatian dan penjagaan daripada anak – anak. Bukannya jika datang menjenguk hanya pandangan kosong yang diberi. Peganglah, sentuhlah, picitlah dan ciumlah ayahmu walaupun sedikit jika tidak mampu membantu apa – apa.
Semoga dengan itu ayah tidak rasa terpinggir. Maaf andai ada yang terasa dan bosan dengan perkongsian ini, rasanya sudah panjang saya menulis. Walaupun masih banyak rasanya nak coret tapi cukuplah dulu. Saya masih BDR / WFH sekarang ni tau, syukur sangat ada BDR sebab ibu dan ayah ada depan mata tak kalut sangat nak uruskan. Terima kasih ya semua sudi membaca. – Farah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Masitah Mustapa : Bertabahlah sayang, kami adik beradik pernah menjaga emak dan nenek yang uzur terlantar. Alhamdulillah kami dikurniakan orang – orang terdekat yang memahami dan membantu. Adik – adik yang sedang tunggu panggiIan kerja dan sambung belajar serta ibu saud4ra berk0rban masa dan tenaga menjaga emak dan nenek.
Alhamdulillah, perjalanan hidup mereka selalu dipermudahkan mungkin berkat doa menjaga orang s4kit. Adik mintalah ayah adik supaya berdoa khusus untuk adik agar segala urusan dipermudahkan. Doa orang s4kit makbul.
Mengambil contoh satu keluarga lain yang tiada ahli keluarga yang boleh membantu menjaga ibu mereka yang uzur, anak – anak berkongsi membayar pembantu untuk membantu menguruskan hal – hal rumah selain membuang air. Mungkin cadangan ini boleh diguna pakai untuk meringankan sedikit tanggungjawab adik.
Maira Syahira : Fahamm sangat sebab sedang mengaIaminya. Kadang – kadang tertinggi suara sebab ayah saya dah tua dan suka bertanya berulang – ulang sampai kita penat, letih. Saya pun anak bongsu. Adik – beradik saya tiga orang je. Dua – dua kerja duduk jauh, so memang depends 100% untuk saya uruskan parents. Eh termeluah pulak.
Wahida Watie : Aku tak nak cakap suruh kau sabar. Sebab itulah yang kau tengah buat – sabar. Aku cuma nak cakap, pandang depan, jalan terus. Yang lain biarkan. Kalau diorang nak, diorang buat. Masing – masing dah tua ada akal boleh fikir.
Kalau ko mengenang, kau akan s4kit hati sendiri dan kau akan bertanya – tanya kenapa. Jadi pandang depan dan jalan terus. Teruskan bakti jaga ayah dan mak walaupun yang lain tak membantu. Jangan rasa bersalah kalau kau terkasar, sebab kau penat. Soal d0sa pahala, itu urusan Allah. Urusan kau, jaga mak ayah kau. Itu je.
NZ Kasih : Kesian tt. Geram rasanya. Semoga tt tabah dan sabar walau rasa tak mampu. Ingat dik harga syurga itu sangat mahal. Allah memilih kamu bukan saja – saja kamu di tempatkan begitu. Sabar sikit lagi. Buat anak – anak yang tak tau nak baIas jasa ibu ayah biarkan mereka.
Kifarah Allah menanti walau pun masih di dunia. Terharu sangat sikap tt yang tak lepas tangan. Allah menguji kita atas kemampuan. Harga syurga sangat mahal. TT kena ingat ya, hidup selesa kaya dan sehebat mana pun kita kat dunia ni tak lama. Sesaat di dunia seribu tahun di akhir4t sana negeri yang abadi. Doa aku, semoga tt terus sabar sesabarnya.. Allah bersamamu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.