Ibu ada s4kit schiz0phrenia, jadi ibu kena kurung dan kami anak – anak dipisahkan dari ibu. Ibu panjat tingkap nako kerana tidak tahan dikurung, dan ingin berjumpa dengan anak – anaknya. Satu hari saya nampak tangan ibu tersepit bawah pintu..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sekiranya luahan saya ini disiarkan. Tidak berniat nak mengaibkan sesiapa, cuma mengkongsikan luahan rasa. Salam, hai nama saya Mia, umur dalam 20-an dan sedang menyambung ijazah di sebuah IPTA di malaysia.
Sebenarnya lama dah saya nak kongsi cerita hidup saya, tapi saya takut dan tak tahu bagaimana nak meluahkan. Sepanjang saya hidup, saya tak pernah kongsikan derita yang dari kecil saya tanggung, saya hidup agak tertekan, kadang – kadang rasa nak lari dari rumah, nak bunvh diri.
Sebab – sebab saya tak pernah bercerita tentang masalah saya ialah saya takut pandangan rakan saya terhadap saya akan berubah, dan saya dilihat keluarga yang bermasalah. Betul, keluarga saya sangat – sangat bermasalah dan saya malu seandainya rakan saya mengetahui hal ini.
Di sekolah mahu pun di universiti, rakan – rakan saya melihat penampilan saya seorang yang sangat happy go lucky, seolah – olah orang yang tiada masalah, tapi dalam hati saya tidak siapa yang tahu betapa r3muknya hati saya.
Sangat s4kit bila menampilkan wajah yang ceria, disaat hati saya seolah – olah ret4k seribu. Pernah rakan – rakan saya menduga saya seolah – olah tiada masalah kerana per4ngai saya yang sangat ceria di sekolah mahupun di IPTA.
Di sini saya teruskan cerita saya, sejak kecil saya dijaga oleh pengasuh kerana ibu saya mempunyai peny4kit, schiz0prenia dan baru sahaja melahirkan adik di bawah saya. Di rumah pengasuh, agak berbeza layanannya terhadap saya dan anak – anak kandungannya.
Untuk pengetahuan, ibu saya juga tinggal bersebeIahan sahaja dengan rumah pengasuh tersebut namun saya tidak dibenarkan berjumpa dengan saya, walhal saya ketika itu masih terlalu kecil dan dahagakan kasih sayang ibu.
Ayah saya di mana? Oh ayah saya waktu itu sedang menyambung pelajaran, jadi ayah berada di IPTA ketika itu, ayah menyambung degree selepas berkahwin. Pernah di rumah pengasuh, ibu saya memanjat tingkap nako kerana tidak tahan dikurung dan ingin berjumpa dengan anak – anaknya.
Saya juga berpisah dengan adik beradik yang atas saya kerana abang dan kakak saya dihantar ke rumah ibu saud4ra saya yang lain. Meski pun saya masih kecil ketika itu, saya agak terkilan, melihat kaki ibu saya dipenuhi d4rah kerana cuba keluar daripada bilik yang dikurung itu.
Kadang – kadang saya nampak tangan ibu saya tersepit di bawah pintu, apabila saya memujuk pengasuh untuk membuka, dia berkata itu hanyalah lakonan ibu saya kerana ingin keluar. Hati saya sangat r3muk kerana tidak dibenarkan berjumpa, anak – anak pengasuh pula suka membuIi saya, memukuI, mengurung, dan macam – macam saya dibuIi oleh anak pengasuh tersebut,
Apabila diceritakan, pengasuh seolah + olah mengangap itu hanyalah gurauan budak kecil, huhu. Tidak lain dengan itu, di rumah pengasuh itu juga agak kedekut dengan saya, biskut – biskut kering yang dibeli akan disimpan di dalam biliknya dan hanya anak – anaknya dibenarkan makan biskut – biskut tersebut.
Sebagai kanak – kanak, biskut kering amat saya suka, namun tidak diberi, sedihnya bila mengenangkan, Sekarang, saya dah tinggal bersama ibu saya dan adik beradik yang lain sejak saya berumur dalam 6 tahun kalau tak silap.
Di rumah ibu dan ayah saya sentiasa berg4duh, saya sangat tertekan dan berasa malu dengan jiran tertangga. Ayah suka mengutuk ibu bermacam – macam dia kutuk ibu saya. Sebagai seorang yang mengidap shiz0, kelalakuan ibu saya agak slow mungkin kerana pengambilan ubat – ubatan (saya tidak pasti).
Jadi ayah saya sering mengherdik dan memaIukan ibu saya di rumah adik beradiknya. Saya sangat terkilan dengan ayah saya, meskipun dia seorang yang sangat alim, sembahyang tidak pernah tinggal di masjid, menghabiskan masa dengan banyak solat sunat, mengaji dan berselawat / berzikir namun dia tidak menjaga lidahnya.
Banyak kali dia meng4muk di rumah, sehingga jiran – jiran tetangga dengar menyebabkan saya berasa sangat malu untuk berdepan dengan jiran oleh kerana per4ngai ayah saya. Banyak kali setiap kali bertemu mata dengan jiran saya, jiran seolah olah memandang sinis terhadap keluarga saya, seolah – olah keluarga yang sangat teruk.
Saya kadang – kadang berasa tidak bergunanya hidup, malu dan merasa ingin cepat – cepat m4ti. Setiap kali selepas sembahyang, saya sentiasa berdoa agak ibu bapa saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, serta dapat masuk syurga tanpa dihisab.
Tidak pernah lekang di bibir – bibir saya melantunkan doa – doa untuk ibu dan bapa saya serta meminta tuhan menjaga keluarga saya agak sentiasa dirahm4ti. Tidak pernah sesekali saya berdoa agar saya dipanjangkan umur kerana saya tidak sanggup hidup lama, saya tidak bahagia.
Tidak cukup dengan jiran yang memandang sinis, sed4ra mara sebeIah ayah juga memandang sinis terhadap keluarga saya, oleh kerana cerita daripada ayah saya yang mengatakan ibu saya tidak pandai menguruskan rumah tangga.
(Padahal ayah saya sendiri tahu ibu saya s4kit). Ibu saya tidak pernah diminta untuk hidup begitu, itu hanyalah ujian untuk ibu saya di dunia dan juga mungkin ujian untuk ayah saya sebagai pasangannya. Ayah saya juga agak berkira dengan anak – anak dan isteri.
Ibu saya seorang wanita yang tak bekerja, dan dia tiada harta, dia tidak berhak melakukan apa – apa dan hanya mendiamkan diri apabila diherdik ayah saya. Ayah saya kerja bukan biasa – biasa, gaji nya mencecah 8 – 9k sebulan.
Namun nafkah diberikan kepada ibu hana 150 – 200 sebulan, barang – barang dapur dibeli olehnya. Ayah saya tidak pernah membawa keluarga saya keluar makan, kerana risau akan mahal dan duit cepat habis. Seingat saya last saya keluar makan bersama keluarga adalah ketika saya masih sekolah, itupun abang saya yang belanja, apabila pulang daripada kampung.
(Abang saya kerja di bandar, keluarga saya orang kampung ja) pernah sekali ayah saya belanja kami makan malam, lalu berleter mengungkit rumah yang tidak kemas, dan masih mampu memasak sendiri rumah. Sebagai ibu saya faham, ibu saya bosan makan makanan di rumah dan ingin sesekali menukar selera, tidak salah sekiranya ayah saya belanja keluarga sekali sekala huhu sedihnya.
Di rumah ayah saya setiap hari berleter, saya sangat tertekan. Dengan kelas online, membuatkan saya bertambah tertekan. Untuk pengetahuan, rumah saya sangat buruk, seolah – olah aya saya seorang nelayan, atap rumah terlalu banyak bocor, lantai berlubang, tanga penuh dengan anai – anai, rumah seperti sudah ingin runtvh, dan saya tidak selesa.
Untuk pengetahuan, ayah saya sudah membina rumah kami, tapi sudah berkurun masih tidak boleh diduduki. Rezeki ayah saya sering ditarik, kadang – kadang kereta rosak, kene tipu, barang kene curi. Ibu saya berkata mungkin kerana ayah terlalu berkira dengan anak – anak, menyebabkan Tuhan menarik rezeki dengan caraNya, (walwahualam).
Mungkin sampai disini sahaja luahan daripada saya, diharapkan admin post dan netizen dapat memberikan komen yang membina buat saya. Sekian. – Mia (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Hai, sebelum saya sambung cerita pertama kali saya nak mohon maaf mungkin jalan cerita saya tak sampai, huhu saya tak pandai bercerita. Terima kasih di atas komen komen yang positif. Banyak yang cakap, tajuk macam tak kena dengan jalan cerita.
Saya sebenarnya nak sambung cerita lagi tapi saya dah penat menaip. Saya harap admin post sambungan ini. Ini adalah pertama kali saya meluahkan perasan saya, sebab saya tak pernah menceritakan apa – apa masalah saya pada kawan – kawan mahu pun sed4ra mara, bagi saya mereka semua orang luar, dan tidak must4hil cerita saya akan tersebar pada yang lain.
Baik, kenapa saya kata pentingnya perempuan mempunyai simpanan sendiri? Di sini saya cakap, ibu saya tidak mempunyai simpanan, dia tiada harta cuma ada rupa yang cantik serta hati yang baik. Ibu saya yatim sejak kecil, hidup susah sejak kecil.
Ibu cerita masa kecil dia tangisi kepergian orang tersayangnya sampai tak lalu makan berhari – hari. Sebelum kahwin, ibu saya bekerja, tapi selepas lahir anak first, ibu berk0rban berhenti kerja sebab nak jaga anak – anak. Selepas berhenti ibu tidak lagi bekerja.
Lagipun, ibu saya tidak normal seperti ibu – ibu yang lain. Sejujurnya, saya sangat cemburu melihat ibu rakan – rakan saya berkasih sayang sesama anak – anak mereka. Tapi takpa sekarang saya dah besar, mungkin bukan rezeki saya.
Waktu saya masih kecil, ayah saya sambung belajar, tinggalkan ibu saya dan bersama adik beradik yang lain di kampung. Waktu ni saya anak bongsu. Duit yang ayah tinggalkan tidak cukup, ibu saya tiada pendapatan? Macam mana ibu saya nak teruskan hidup dengan anak – anak yang masih kecil?
Ibu saya tiada pilihan lain, ibu memilih untuk gadaikan barang kemas dia (mas kahwin). Tapi ibu saya merahsiakan perkara ini, bimbang ayah akan meng4muk. Sejak daripada itu, ayah saya tidak pernah membeli barang kemas kepada ibu mahupun anak – anak, alasannya cuma satu, ibu saya tidak pandai jaga, nanti hilang.
Alasan ibu saya ke mana barang kemas itu pergi adalah hilang, sedihkan, padahal ibu saya gadaikan sebab takde duit. Sangat sedih saya lihat, ibu – ibu yang lain banyak emas, tapi ibu saya takde hanya mampu melihat apabila saud4ra datang rumah. (Saud4ra mara saya suka sangat tayangkan emas dia depan ibu saya).
Pernah saya meminta agar ayah hadiahkan ibu emas, kami adik beradik takde takpe, bagiIah ibu merasa walaupun sekali, tapi apa yang saya dapat hanya amarah ayah saya. Ayah saya bukan takde duit tapi dia memang tak nak bagi.
Setiap kali ibu masak, tidak pernah sesekali saya dengar ayah saya puji malahan m4kian, ibu dah penat – penat masak ayah pula banyak komplain. Tidak pernah sesekali ayah beli lauk makan, setiap hari menunggu ibu masak. Sesekali ibu juga bosan makan masakan sendiri, tapi ayah tak faham perasaan itu.
Ayah takpe, bila – bila masa boleh makan. Saya sayangkan ayah saya, cuma saya terkilan dengan per4ngainya. Setiap kali keluar bersama ayah, ayah akan berleter sepanjang perjalanan, dengan tingkap kereta terbuka, menyebabkan orang – orang sekeliling mendengar setiap tohmahan ayah saya yang lebih kepada tokok tambah.
H1naan tersebut, saya sebagai remaja terasa malu dengan orang sekeliling, kadang – kadang terasa ingin bunvh diri, tak bergunanya hidup kalau begini. Ayah juga sangat berkira dengan anak – anak serta isteri, setiap kali kitorang pergi pasaraya, ibu akan mengasingkan troli, ayah tidak benarkan ibu ambik barang sesuka hati di mall.
Untuk pengetahun, ibu saya sifatnya macam golongan remaja, sukakan coklat, aiskrim, biskut. Pernah banyak kali ibu cuba meletakkan cadbury satu keping dalam troli milik ayah untuk dibayar bersama, namun ayah marah – marah dan simpan balik coklat tersebut.
Sejak itu, ibu akan asingkan troli setiap kali beli beIah. (Ayah hanya membeli barang keperluan). Saya juga begitu, setiap kali singgah mall dengan ayah, jika teringin makan sesuatu, saya terp4ksa bayar sendiri, kadang – kadang ayah cuma beratur di belakang saya, padahal waktu itu saya masih bersekolah.
Ayah tidak pernah membawa ibu jalan – jalan makan angin, makan malam, bercuti seperti keluarga lain, malahan hanya mengurung ibu di rumah, sedangkan ayah saya merantau sampai ke luar negara. Waktu kecil saya inginkan semua tu, bila dah besar saya faham, itu bukan rezeki saya.
Saya takut tengok per4ngai lelaki, susah untuk mencari lelaki yang bagus, kadang – kadang saya berasa takut untuk berkahwin. Mungkin sekiranya ibu berharta, ibu sudah bawa diri, tapi ibu tersekat, ibu tidak mempunyai sesiapa, ibu hanya mempunyai ayah dan saya adik beradik.
Tolong doakan ibu dipermudahkan urusan, saya sayang sangat ibu saya. Pengajaran daripada kisah saya, sekiranya saya berkahwin, saya tak nak anak – anak saya merasai apa yang saya rasa, saya tidak akan biarkan anak – anak saya memendam perasaan seperti saya.
Saya akan menjadi rakan kepada anak – anak saya, saya akan pastikan anak – anak saya bahagia, cukup kasih sayang cukup segalanya, inshaAllah. Kadang – kadang saya hairan, kenapa ayah saya berkira dengan keluarga sendiri sedangkan dengan orang lain tidak?
Dengan rakan – rakan makan habis beratus pun takpe, sedekah sana sedekah sini takpa, tapi nak belanja makan sekali sekala pada anak isteri susah sangat. Rumusan tajuk saya, mungkin sekiranya ibu saya berharta, dia sudah bawa diri, (maafkan mungkin ini agak kasar) waktu muda ibu saya menjadi rebutan,
Namun ibu memilih ayah hanya kerana satu alasan “ayah seorang yang menjaga solat “. Jadi ayah saya tidak berani berkasar. Mungkin juga, antara kalian, ada yang alami, nasihat saya buat wanita – wanita di luar sana, simpanlah duit sendiri sebelum berkahwin, sekurang – kurangnya kalau ada apa – apa terjadi, kita boleh bawa diri. Sekian terima kasih.
Komen Warganet :
Nurul Nadhrah : Kat sini bukan masalah mak takde harta, masalah nya adalah bersuamikn lelaki kedekut dan tak guna. Banyak je perempuan takde harta hidup bahagia sebab suami tak kedekut, tak berkira.. Lagi pon itu memang tanggungjawab suami.
Kesalahan mak awak, hanyalah sebab salah pilih suami. Kepada ayah awak, semoga mereputlah dengan harta – harta yang dia kedekut sangat tu, menjawablah di sana nanti!
Cik Adiera : Macam mak cik saya, gaji 3K sebulan. Pak cik suruh berhenti sebab anak, padahal elok je anak tu dengan pengasuh. Mak cik pun banyak work from home. Tapi realitinya pak cik kedekut nak bayar pengasuh. Mak cik sekarang struggIe buat kerja sampingan, jual macam – macam, jadi dropship.
Pak cik saya kata mak cik tu beban, padahal kau yang suruh dia berhenti! Sibuk suruh tambah anak, beli pampers anak pun berkira, siap cakap mak cik suka membazir kerap tukar. Makan catu.. mintak duit asyik marah – marah. Tak semua perempuan yang disuruh jadi surirumah tu dapat layanan yang baik dari suami
Nora Haron : Awak da kerja, awak la bawa emak makan sedap – sedap, bawa mak melancong pedulikan ayah kamu tu, pergi la bawa adik beradik berjalan – jalan, makan – makan bersama emak. Belikan emak awak barang kemas.
Sekurang – kurangnya puas hati kamu dapat gembirakan hati emak awak sebelum dia hembuskan nafas terakhir dia. Bila emak kamu da rasa gembira boleh la awak pikir diri awak pulak untuk berumah tangga.
Syafiqah Ismail : Sad but this is reality, bila lelaki berduit and wife pula tak berkerjaya, mesti selalu kena marah, husband tak respect wife, tapi cuba kalau wife berkerjaya dan banyak duit, husband akan tolong kemas rumah, jaga anak, respect wife dan so on.
Cuma bila kita perempuan ada duit sendiri, please dan please jangan bagi lelaki ambil kesempatan, sebab diaorang akan mula lupa diri dan for confessor saya doakan yang terbaik untuk kehidupan awak, semoga awak sekeluarga sentiasa dalam Iindungan dan rahmat Allah SWT.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.