Arw4h mak aku dari dulu suruh abang aku merancang anak, sekali nampak kak ipar buang pil perancang dalam tong sampah. Anak sampai 5 orang, tapi pantang anak – anak makan tumpah, naik segala kaki dengan tangan. Pernah waktu pampers anak dia bocor, dia datang dekat aku. Dia cuma cakap “pampers dia bocor tu”, sekali aku baIas..
#Foto sekadar hiasan. Hai. Sebagai mukadimah, aku tinggal sekali dengan abang aku dan keluarga dia dekat rumah peninggalan arw4h mak kami. Abang aku duduk dekat rumah family dari awal dia kahwin walaupun dah beratus kali arw4h mak aku haIau dia suruh duduk sendiri dengan keluarga dia.
Tapi abang aku ni sejenis hidup dalam comfort zone maka dia pekakkan telinga dan tinggal saja dekat rumah ni. Aku balik rumah ni lepas mak aku meninggaI sebab aku berhenti kerja dan nak tenangkan fikiran kononnya. Sekali dapat kerja dekat kampung maka aku duduk saja la sini.
Ayah aku dah pindah duduk rumah lain lepas dia kahwin baru. Aku namakan abang aku sebagai Bakar dan kakak ipar sebagai Kak Solehah. Bakar bukanlah lelaki yang pemalas, dia rajin cuma dia baran. Dia sejenis yang rajin kalau bab – bab mengemas, berkebun.
Musim PKP ni sebab bekerja dari rumah, dia siap buat kebun. Duk berkebun la dia dari pagi sampai petang. Nama saja kerja dari rumah, bukan ada kerja pun. Kerja dia buat dekat pejabat saja. Sama la juga dengan aku. Duduk rumah tak buat apa tapi gaji berjalan.
Berbalik pada Bakar, bab mengemas tu memang tip top. Tapi kalau bab jaga anak hmmm hampeh. Anak dia ada 5 orang termasuk kembar. Beza umur diorang dalam 2 – 3 tahun saja. Kita semua ada bahagian baik dan ada bahagian buruk.
Bakar ni pun bukannya teruk sangat pun cuma tak ada common sense. Sebab tu dalam cerita ni aku nak fokus pada bab merancang anak bukan bab masalah rumah tangga. Kan aku ada cakap Bakar suka mengemas. Bila dia dah mengemas, anak makan tumpah, tersepah balik ke, habis la budak tu dia kerjakan.
Aku sampai tahap bila anak dia makan, standby penyapu dengan penyodok sampai anak dia habis makan. Kesian takut budak – budak tu kena ngan Bakar. Setakat tumpah air pun dah meng4muk macam singa kelaparan. Bakar ni sejenis yang berharap Kak Solehah saja jaga anak dan termasuk la dengan aku sekali kena jaga anak dia.
Kak Solehah ni suri rumah. Dan dia memang wanita kiriman tuhan. Aku tak tahu waktu bila dia malas, bila dia sedih, bila dia terasa. Gitulah cool manjang. Memang aku rasa Kak Solehah ni layak dapat lelaki yang lebih baik. Tapi tu la kan kalau dah j0doh.
Bakar ni kalau kata waktu tu dia nak makan, dia akan makan walaupun anak tengah melaIak nak tidur, anak lapar ke, dia tak peduli. Kena kalau masa tu Kak Solehah nak terber4k pun, tahan la ber4k kau. Sama la juga kalau dia nak tidur, Kak Solehah tu lapar ke, belum makan dari pagi ke, dia bukan peduli pun.
Handle la anak tu. Aku kan ada. Dulu arw4h mak aku duk suruh dia keluar pergi cari rumah sendiri sebab mak aku menyampah dengan cara Bakar senang lenang saja anak biar orang jaga. Lagipun mak aku kesian dengan Kak Solehah.
Orang dah ada keluarga mestilah nak duduk rumah sendiri. Asal anak bangun dari tidur, Bakar jagalah dalam 4 – 5 minit lepas tu bawa anak pergi dekat mak ayah aku, dia bIah duk main telefon. Mak aku berbuih mulut suruh merancang anak.
Biar anak yang pertama besar sikit, dah pandai urus diri, baru fikir mengandung lagi. Tapi sejenis eg0is, konon anak tu trofi kesuburan, Bakar tak bagi Kak Solehah makan pil perancang. Kant0i dengan mak aku sebab nampak pil perancang dalam tong sampah.
Kak Solehah cakap Bakar tak bagi makan. Anak baru pandai berjalan, dah mengandung yang lain. Berbulu betul mak aku dengan Bakar. Dah dihaIau dari rumah biar dia rasa susah payah jaga anak sendiri tapi ayah aku duk pertahankan Bakar.
Ayah aku ni pun lebih kurang saja. Waktu anak kecil dulu duk sep4k ter4jang, ada cucu kemain siap tak bagi Bakar pindah. Dia main la sekejap, pastu arw4h mak aku la kena jaga. Arw4h mak aku ni sayang sangat dengan cucu cuma waktu dia yang ada, dia nak fokus pada ibadah.
Aku faham apa yang mak aku fikir sebab dia pun pernah merasa perit jaga anak umur rapat – rapat ni. Adik beradik aku ramai dan umur rapat. Ramai yang beza setahun saja. Dulu aku merantau, jadi bila aku balik cuti, seronok Bakar sebab memang aku yang akan jaga anak – anak dia.
Bawa pergi jalan – jalan pun, dengan aku la. Nak tunggu Bakar yang bawa anak bini jalan – jalan memang kirim salam. Sekarang ni hidup dia lagi senang lenang sebab aku dah duduk dekat rumah ni. Ada bibik tak berbayar jaga anak dia.
Dah duduk sekali tak kan lah kau nak buat tak tahu saja dengan anak buah kau. Diorang comel kot cuma bapak saja bebaI sikit. Ber4k mandi main semua dengan aku. Aku ni buat sebab dah duduk sekali. Kesian juga aku tengok Kak Solehah duk uruskan anak.
Dah la ada baby, ada pulak anak umur 3 tahun yang kembar. Baby sejenis yang high demand. Asyik nak berkepit, payah nak tidur. Dah tidur senang terjaga. P4ntang ada bunyi. Aku yang bukan mak ayah dia pun str3ss, apatah lagi Bakar dengan Kak Solehah.
Yang paling kesian si kembar tu la. Dah la kecil lagi, tengah membuas, bila bising sikit memang jadi m4ngsa la. Aku pernah saja hampir kena ter4jang atas muka sebab aku backup anak buah aku. JiIaker betul. Tu kalau dia ter4jang aku, memang aku pergi report polis.
Abang tak abang, aku peduli apa. Nak marah macam tak ada otak. Budak tu dah la kecil lagi. Marah tak padan dengan salah. Untuk pengetahuan korang, Bakar kalau marah anak, naik kaki tangan. Takkan aku sebagai orang dewasa dalam rumah tu nak tengok saja pastu ratib, “tak apa la anak dia”.
Merancang tak nak, bila serabut dengan anak kecil, duk m4ki hamun anak b0doh la apa la. Kau tu lagiIah b0doh. Dah tahu baran, bioI beranak ramai. Bakar ni bila aku dah start tolong, memang dia biar saja la aku yang buat sampai bila bila.
Dulu ada jugak dia basuh ber4k anak, tapi bila kadang – kadang aku yang tolong basuhkan, terus dia lepas tangan. Aku tolong basuhkan sebab aku kesian tengok anak buah aku. Sampai kering t4hi, punggvng pun sampai merah sebab lambat basuh.
Kak Solehah asyik dengan baby, mana sempat nak tengok anak yang lain. Ada bapak pun, duk sibuk dengan kebun dia, bila penat dia tidur. Aku sampai tahap bila bangun pagi aku akan terperuk dalam bilik sampai dia mandikan anak – anak dia.
Aku bangun solat subuh pastu terperuk dalam bilik. Kalau dia nampak aku dah bangun, memang dia buat tak peduli anak dia dan biar aku yang uruskan. Waktu siang, selalu baby aku yang akan jaga kalau Kak Solehah ada hal. Mandi waktu tengahari anak dia ber4k ke semua aku yang uruskan.
Kadang – kadang PDPR anak pun aku yang ajar. Gosok gigi anak – anak dia sebelum tidur malam, cek pampers dah penuh ke belum dah jadi rutin wajib aku. Pernah saja aku buat tak tahu sebab nak biar Bakar yang buat. Dia pun sama buat tak tahu dan tidur la budak – budak tu tanpa gosok gigi. Angin betul aku.
Waktu malam memang aku tak amik port la bab jaga baby dia. Aku duk diam saja dalam bilik. Kalau tak mengaji aku duk Iipat baju yang bertimbun. Ingat aku bujang, anak kau aku nak kena jaga 24 jam? Ah takde. Malam aku nak mengaji.
Turn kau pulak jaga anak sendiri. Bakar ni bila Kak Solehah tengah masak ke, solat ke, Bakar akan suruh anak – anak dia yang dah besar sikit jaga baby. Paling besar pun darjah 2. Bakar buat apa? Terbaring sambil main handphone. Bila baby tu terjatuh ke, menangis ke, anak – anak dia la yang akan kena ter4jang atas alasan tak jaga betul – betul.
Bakar ni kalau bab ter4jang memang champion. Aku harap tak kudung la kaki dia. Kenapa aku tak amik port jaga anak dia? Biar dia rasa jaga anak. Rezeki kau kan. Apahal pulak aku yang nak kena dukung ke hulu ke hilir. Ewahhhhh.
Anak – anak dia memang suka melepak dalam bilik aku sebab nak lari dari jaga adik. Tapi nanti kena panggil juga. Kadang – kadang bila si kembar lapar nak makan, Kak Solehah nak tidurkan baby sebab baby dah melalak, Bakar suruh anak dia yang sulung suapkan makan.
Kau sebagai bapak buat apa giIa? Sekadar bagi sp3rma? Anak – anak kau tak minta ada adik pun. Akhirnya aku juga yang suapkan sebab yang adik banyak main dari makan bila anak dia suap. Pernah waktu pampers anak dia bocor, dia buat tak tahu dan biar anak dia datang dekat aku.
Dia cuma cakap “pampers dia bocor tu” lepas tu bIah. Eh eh banyak cantik. Aku cakap dengan Bakar, pergi la basuh. Aduh benda simple macam tu nak kena beritahu ke wahai lelaki yang menjadi ketua keluarga dan khalifah di bumi Allah ni?
Aku faham saja sebenarnya yang dia nak aku yang settlekan anak dia. Tapi aku malas layan sebab waktu tu aku nak jemur baju. Anak kau, kau urus. Kadang – kadang aku pun nak bermalas – malasan jugak. Yela dah nama pun bujang.
Tapi bila tengok Kak Solehah tu rasa kesian pulak. Rasa diri tak guna pun ada jugak sebab aku rasa Kak Solehah tu lagi letih sebab kena jaga baby, aku boleh pulak nak bermalas – malas. Kadang – kadang aku nampak Kak Solehah tertidur, baby duk main sorang – sorang.
Aku ambil baby bawa dia pergi jalan – jalan keliling rumah. Nasib la halaman rumah luas. Musim tak covid boleh jugak bawa pergi kedai. Aku lagi prefer Kak Solehah tu tidur sebab baru nampak dia macam manusia. Kalau tak sepanjang hari ada kerja.
Lepas masak, bagi anak makan, urus PDPR anak – anak macam – macam lagi la. Part basuh baju, jemur, lipat, kemas dapur malam – malam selalunya aku yang buat dan aku tak kesah pun sebab pada aku budi Kak Solehah ni lagi banyak.
Kalau dekat rumah ni memang dia saja yang memasak. Aku bukan tak nak masak tapi bab masak ni aku benak sikit dan orang memang tak makan kalau aku masak sebab aku masak tak sedap. Putvs asa betul nak belajar masak. Sebab tu aku tak kesah pun jaga anak buah aku.
Yang aku kesah per4ngai lepas tangan si Bakar. Cis mentanglah aku ni adik dia. Dia buat aku serupa bibik. Aku pulak yang kena amik part dia jaga anak. Ada juga masa yang aku rasa nak buat tak tahu biar Kak Solehah fikir panjang dan bertaubat tak nak beranak dah.
Tapi tak sampai hati bila tengok keadaan Kak Solehah yang tak cukup tangan. Bila aku buat tak tahu anak dia lapar ke, ber4k ke, Bakar tetap tak kesah. Aku tak nak sampai kakak ipar aku mentaI, sekali ngan anak buah mentaI sebab tu aku tolong juga.
Aku rasa macam lebih baik aku jadi pokok pisang kalau jadi manusia berkira sangat. Pejam mata dan ingat Allah tu ada. Semoga Allah permudahkan urusan dunia akhir4t aku. Pernah aku mengadu dengan ayah aku siap nak pindah keluar rumah.
Alih aku pulak yang kena ceramah. Katanya aku yang over. Lantak dia lah tu anak dia. Dia nak tet4k, m4ki hamun ke suka hati dia la. Pastu dia suruh aku sabar sebab nak buat macam mana dah tu per4ngai dia. Ayah aku tak bagi aku keluar dari rumah tu.
Sebulan aku tak bercakap dengan ayah aku. Geram betul. Dia tak tahu yang kita str3ss dengar orang duk memekak tengking m4ki anak. Solat pun tak kusyuk bila dengar suara Bakar bercakap dengan anak dia. Takut budak – budak tu ada buat salah bila aku tak pantau.
Aku perasan Kak Solehah pun macam tu. Tak senang duduk bila dengar suara Bakar. Marah tak ada masalah cuma bab m4ki tu yang aku tak berkenan. Marah tu biarlah padan dengan salah. Ni anak main air dekat sinki pun kau penumbvk atas belakang pakej dengan m4ki hamun.
Masa tu anak dia umur baru 2 tahun okay. Kau rasa? Mana nak tenang hidup aku. Dulu waktu ayah aku duduk sekali, Bakar ni tak ada la berani nak marah anak dia macam yang dia buat sekarang. Bila ayah aku dah tak duduk sekali saja baru dia punya tocang keluar.
Nak tunjuk dia punya skill ketua keluarga gamaknya. Kak Solehah dia tak berani nak tegur sebab dia takut Bakar jadi m4kin marah. Walaupun aku selalu backup anak buah, tapi aku pun bukannya penyabar sangat. Aku pun baran jugak sebab berasal dari keturunan singa mengaum.
Kalau tak, takkan aku berani Iawan Bakar sampai hampir kena ter4jang. Aku peduli apa. Kadang – kadang sebelum diorang kena marah dengan Bakar sebab buat salah, aku marah diorang dulu. Sebab aku tahu Bakar punya tahap marah anak ni melebih – lebih.
Kesian dengan diorang, dengan Bakar kena marah, dengan aku pun kena marah. Hidup dengan budak ramai ni serabut dengan pe’el diorang, barang aku jangan cakaplah dah berapa banyak yang jah4nam sebab diorang main. Beli mainan, barang aku jugak yang seronok dibuat main.
Sabar saja la. Diorang dalam usia nak bermain, nak kenal em0si sendiri. Tak boleh lah kau nak harap dia per4ngai baik, langsung tak buat salah dan boleh fikir macam orang dewasa. Kau yang dewasa pun b4ngang. Macamlah dia lahir terus behave.
Kadang – kadang aku kutuk pasal Bakar ni depan Kak Solehah tapi dia senyum saja. Pernah jugak aku gurau suruh Kak Solehah beritahu Bakar pergi manduI. Hehehe. Kutuk lebih – lebih kang tak kena pulak. Walaupun tu abang aku, tapi tu laki dia.
Baby yang latest ni aku panggil baby pil perancang. Tetap mengandung walaupun Kak Solehah makan pil. Asyik perempuan yang kena usaha untuk tak mengandung. Apa kata kau yang lelaki pulak yang berusaha. Pergi buat vas3ctomy.
Setahun tak keluar bilik pun tak apa. Anak dah ramai, nak malu apa nya kalau buat vas3ctomy? Takkan nak anak sampai 2 team bola sepak? Kalau pandai jaga tak apa. Ni asyik nak harapkan bini, orang lain untuk jaga. Bila dah serabut dengan anak kecik, kau pergi m4ki, pukuI budak tu lepas tu ada hati nak anak jadi anak soleh dan solehah. Kelakar betul.
Aku sebolehnya tak nak mengutuk abang aku tapi bila start meluah ni, dia jadi syok pulak menaip nak luah segala yang terbuku di d4da. Kalau ikutkan panjang lagi. Nak mengadu dekat mak, mak dah tak ada. Mengadu dekat ayah, aku yang kena balik.
Mengadu dekat adik beradik lain, nanti diorang masuk campur, kang jadi g4duh. Kita ni nak meluah saja bukan nak mengadu domba. Nak cerita dengan kawan, aib keluarga. Aku tak tahu la macam mana nasib anak buah aku kalau aku tak ada nanti.
Aku harap Bakar dengan Kak Solehah ni cukup cukup la ada anak. Berehat la pulak. Penat la oi! Aku sekali yang penat sebab jaga anak – anak korang. Aku cuma nak nasihat, kalau berj0doh dengan lelaki yang sejenis baran, tak payahlah nak ada anak ramai.
Anak sorang dua cukuplah. Nak Iarang jangan kahwin dengan orang baran, dah kalau jodoh nak buat macam mana. Tapi kalau boleh lari, larilah. Waktu dilamun cinta tu tengok kiri kanan sikit jangan nak redha manjang konon boleh terima segala baik buruk.
Konon boleh ubah. Ingat ni, tak ada siapa yang boleh ubah orang melainkan diri sendiri yang nak berubah. Yang isteri pun, tak payah nak redha sangat beranak ramai kalau suami anda panas baran dan sejanis lepas tangan. Kesian dengan anak.
Korang yang h0rny, anak yang jadi m4ngsa. Anak – anak kalau boleh pilih mak ayah, diorang pun tak nak lah mak ayah yang baran. Orang yang panas baran ni bukan boleh bawak bincang. Silap – silap gigi kau yang berterabur. Bila mengandung, ayat cliche “anak tu rezeki.”
Tapi rezeki tu datang sekali dengan amanah. Tak tunai amanah, lingkuplah kau dalam ner4ka. Anak sorang pun dah barai tak cukup tidur. Apatah lagi bila anak ramai dan rapat – rapat. Bila kita penat, kita akan mudah marah. Menyesal tu kemudian.
Waktu tengah marah tu la ada yang boleh kawal dan ada yang tak boleh. Biasanya tak boleh lah. Korang yang ada anak pun tahu kan macam mana penat jaga anak walaupun ada yang menolong. Dekat rumah ni ada 3 orang dewasa pun masih rasa tak menang tangan nak jaga budak – budak.
Sebab kita manusia dan penat dengan tugas harian. Ada masa nak rehat, tapi tak sempat nak buat sebab budak budak perIukan perhatian, dia akan datang kacau, ajak main, tanya macam – macam soalan. Aku cuma nak orang buka mata yang jaga anak bukan mudah.
Jangan eg0. Budak ni setakat kau main sejam dua memang la comel. Lebih dari tu rasa nak humb4n saja dalam telaga. Aku sampai tahap tak boleh terima bila ada kawan yang sembang nak anak lagi walaupun ada anak sorang pun aku tengok dia dah barai.
Siap marah bila nurse suruh jarak anak. Padahal asyik merungut suami tak tolong. Bila nasihat, aku yang kena balik. Ye la bujang kan. Kau siapa nak nasihat orang bab – bab anak ni. Suami pun tak ada. Kadang – kadang rasa sedih bila baca yang mak – mak duk bercerita diorang bertukar jadi singa dekat rumah sebab str3ss dengan anak – anak.
Ingatlah anak tak minta dilahirkan pun. Kalau rasa tak boleh handle, jangan beranak ramai dan yang penting jangan beranak rapat – rapat. Sebelum kesian dengan anak, kesian dengan diri sendiri dulu. Sebelum fikir em0si anak, fikir em0si diri dulu.
Nak anak ramai boleh, pastikan setiap anak ada sorang bibik. Baru la para ibu bapa lemah gemalai, kurang str3ss, anak pun boleh membesar yang penuh perhatian. Tak ada lah anak mengadap youtube sepanjang masa. Cerita aku ni mungkin ada sedikit yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai pengajaran.
Merancanglah. Jadi lelaki jangan eg0, jadi perempuan jangan b0doh. Taat bukan bererti jadi b0doh. Wajib dipatuhi bukan bererti kau adalah tuhan. Islam ni bukan agama yang menyiksa umat. Jangan jadi b0doh memb4bi buta atas alasan takdir.
Ambil tahu pasal hak diri. Yang tak elok bukan takdir, tapi itu kau yang pilih. Tak memasal takdir yang dipersalahkan. Sekian saja sesi luahan. Jangan beranak rapat – rapat tau. Kesian anak korang tak sempat nak merasa kasih sayang.
Tua nanti jangan guna ayat cliche “mak bapak boleh jaga anak 10 orang, 10 orang anak tak boleh jaga mak bapak”. Kang tua nanti anak kau jaga macam kau jaga dia masa kecil, memang makan kaki la kau hari – hari. – Anak d4ra ramai anak (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Xidi Nurhiddayah Zainal : 100% betul apa yang awak confess ni dik. Tqsm! Merancang sangat la penting. Saya ni pun cepat marah dengan anak – anak. Sebab tu la agaknya anak baru 2 orang. Czer pulak tu. Besar hikmahnya.
Baru – baru kahwin memang teringin nak anak ramai tapi tak sangka pulak jaga anak ni menguji tahap kesabaran yang tertinggi. Seri0usly tak sangka kesabaran saya senipis cotton candy. Senang sangat meresap dan lenyap. Lol.
Syazwani Azri Khairel Sabri : Geram dengan Bakar. Tapi nasib baik awak ada tolong kak solehah. Please stay dengan kak solehah sampai anak buah awak besar sikitttt please (sukati aku jeee). Tapi saya suka yang part awak bawak anak buah pi jalan time kak soleha tertidur tuu. Sangatttt memahami kepenatan seorang ibuu. Good jobb dik
Cik Ana : Elok tt nasihatkn kak ipar tu consult dengan nurse kIinik kesihatan k kaedah merancang yang lain selain pil tu. Walaupun abang ipar tak bagi makan, tapi kalau dia mainkn peranan tolong jaga anak takpe. Ini main lepas tangan je sampai kering n4jis anak. Anak 2 tahun pon kena penumbvk. Kucing pon sayangkan anak bang oiii. Kualiti anak yang penting bukan kuantiti anak. Kalau dapat dua – dua tu bonus Allah bagi.
Hazirah Hj Hamzah : Kesian kat kak solehah tu je lah. Tapi dah dia jenis taat tak bertempat. Tak boleh nak kesian gak la. Saya jenis cintakan dunia. Jadi memang taknak anak ramai – ramai. Tak suka serabut. Nak juga me time dan buat apa yang saya suka. Anak sorang dah nak masuk 3 tahun ni bahagia sangat. Tidur malam pun nyenyak. Tengok tv pun bahagia.
NAzian Rashid : Best lak baca. Bab abang ko, tak leh nak komen. Moga adik jumpa j0doh dalam masa terdekat dan pindah rumah (jangan dah kawen dok sama dengan abang lak). Bab merancang, wajib merancang. Anak ni bukan takat mengandung 9 bulan je, panjang lagi masanya.
Iya betul main kejap – kejap dengan budak – budak memang seronok. Lama – lama serabut jugak. Bila dah besar dah tak comel macam duu, takkan wat taktau lak. Sebagai perempuan belajar – belajar la merancang, kita tahu badan kita macam mana.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.