7 hari aku uruskan anak – anak sorang diri. Pagi tu lepas subuh aku masak nasi lemak, potong buah siap – siap letak dalam bekas untuk snek anak – anak. 8.30 pagi aku keluar, kebetulan anak – anak bangun lambat. Suami bagi kad bank dia! Aku salam suami sebelum keluar lepas tu yihaaa!
#Foto sekadar hiasan. Hi nama aku Lavender. Seorang surirumah. Umur 33 tahun, ada dua orang anak. Sulung 6 tahun, kedua 3 tahun. Suami aku Alhamdulillah sangat baik. Baru – baru ni suami aku kena outstation ke Perak beberapa hari.
Dia tanya boleh tak dia nak jumpa kawan – kawan dia yang ada area Perak? Jadi dia nak ada lagi kat sana 1 – 2 hari. Aku ok saja janji tahu jaga batas dan sedar diri suami orang. Haha. 7 hari aku uruskan anak – anak seorang diri.
Hantar dan ambil si sulung yang dah tadika. Masak, buang sampah ehh semua lah. Suami aku balik hari ke-7. Malam tu suami aku cakap, “Yang, esok awak pergi la jalan – jalan mana awak suka. Saya pulak jaga anak. Paling lewat balik 9 malam tau.” Yabedabeduuuu – bahagianya dapat me time.
Pagi tu lepas subuh aku masak nasi lemak, p0tong buah siap – siap letak dalam bekas untuk snek anak – anak. 8.30 pagi aku keluar, kebetulan anak – anak bangun lambat. Suami bagi kad bank dia! Aku salam suami sebelum keluar lepas tu yihaaa!
Tapi aku tak tau nak ke mana. Blur kejap. Takkan nak shopping groceries pulak. Eh tetiba rindu nak jalan ke Serdang. 2010 – 2014 aku study kat UPM. Dalam 30 min nak ke sana dari rumah aku. Aku mesej suami cakap nak pergi Serdang tau. Ok lepas tu jom gerak.
Hari Ahad, jadi highway tak sibuk sangat. Aku lalu depan KAA, ramainya student. Ada program apa ni. Nampak bas, dah cantik la sekarang. Aku drive masuk ke kawasan kolej, kebetulan ramai juga ibubapa datang tengok anak.
Rindu pulak nak makan nasi kukus serumpun, entah ada lagi ke tak. Try cari parking kat sebeIah kafe serumpun, takde pulak. Terpandang court depan blok student lelaki. Kat situ la tempat aku tengok suami (masa tu teman tapi mesra) main futsal. Haha.
Terus la aku masuk moment mengusik jiwa. Berkenalan secara tak sengaja dengan suami masa zaman study. Kad matrik aku tercicir kat kafe CIMB tu, dia jumpa. Kad tu kan ada course aku, gigih la dia tunggu depan jabatan aku sebab nak cari aku.
Baru tahu kami ni sama – sama duk serumpun. Lagi 1 sem nak habis baru jumpa jodoh. Haha. Aku ambik gambar sekeliling sebab nanti nak tunjuk kat suami. Lalu pulak depan Putra Food Court. Aduhai rindunya kawan – kawan.
Port lepak masa aku mula – mula jadi student. Terasa – rasa kuah tomyam PFC lalu kat tekak, suara akak yang panggil ‘nasi goreng kampung bungkus’. Haha kenangan sungguh! Juga ada kejadian aku terambil nasi bungkus sorang mamat ni, kemain marah dia kat aku masa tu, dia cakap aku p0tong line.
Haha sorry laaa ingatkan order aku dah siap masa tu sebab menu sama. Nak masuk area fakulti tapi kang kena tahan apa aku nak jawab? Takkan nak jawab saya nak mengulit kenangan. Haha. Takpela aku teruskan perjalanan nak ke Padang (port makan). Tak la lapar sangat tapi saja nak tengok.
Waktu aku study Padang ni kat area parking. Sekarang dah ada tempat sendiri. Banyak kedai baru, Watsons, McD, Zus Coffee, Secret Recipe, Texas. Ke tak baru sangat cuma aku yang lama tak datang? Haha. Teringat makan cendol dengan kawan – kawan kat area situ, burger pakcik yang sedap. Huwaaa rindunya.
Lalu area Flat Ikan pulak, lubuk print dan fotostat. Kedai mamak hujung lot dah takde ganti dengan Speedmart. Tiba – tiba rasa nak pergi The Mines. Port merayap tanpa tujuan aku dengan 2 orang member baik aku masa zaman student.
Yang kelakar, masa tu makan siap – siap kat kafe, jadi nanti kat sana cuci mata je jimat duit. Ok la jom drive ke sana. Tak banyak sangat perubahan pada aku, cuma ada la kedai baru. Nak tengok Mechamato sebab anak sulung aku minat, kita booking online je.
Jalan la sorang – sorang belek baju, belek lipstick. Biasa kalau keluar dengan anak, penat sebab kejar diorang dalam mall. Hehe. Lepas tu singgah Starbucks order Chocolate Cream Chip Frappe. Setahun 2 – 3 kali je dapat merasa air mahal ni.
Orang cakap banyak lagi pilihan lain lagi murah tapi pada aku yang ni paling sedap di tekak aku. Nikmatnya dapat sedut air tanpa gangguan sekejap. Sambil tengok sekeliling, tersenyum sorang – sorang teringat indahnya zaman bujang.
Ok perut dah lapar nasi, dah tengahari. Makan nasi ayam kat food court sorang – sorang. Lepas tu solat zohor, ready nak tengok wayang. Untuk peminat animasi macam aku, aku enjoy sangat. Baru teringat nak beli kasut sebab tapak kasut dah haus.
Merayap aku sesorang cari kasut. Yeay dah jumpa. Aku rasa kena keluar dari mall sebab orang m4kin ramai. Lalu depan tapak Uptown, dengarnya dah bertahun tutup. Meriah situ dulu dengan student. Dah masuk asar, aku taktau la kenapa aku drive ke Masjid UPM rasa nak solat situ.
Masa minggu orientasi ada bacaan yasin kat sini. Aku mesej 2 orang kawan baik aku masa zaman study, send location lepas tu hantar gambar. Sorang kat Johor, sorang kat Sabah. Lama tak jumpa tapi tak lupa. Group Whatsapp jadi meriah kejap.
Masing – masing dah ada family sendiri. Terima kasih jadi sahabat susah senang. Aku sayang korang. Ok dah 7 petang. Aku nak gerak balik sebab esok isnin, baju sekolah anak tak gosok lagi. Aku drive lalu depan IOI Putrajaya.
Besarnya mall ni, entah bila nak singgah taktau. Waktu aku study mall ni tak wujud lagi. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Buka pintu terus anak – anak jerit ‘mama mama’. Tak sempat duduk, macam – macam soalan dah ditanya.
Aku hulurkan set alat tulis yang aku belikan. Anak – anak melompat suka. Aku tengok suami dan tanya, “ok ke jaga anak – anak?” Suami cakap s4kit perut pun kena tahan dulu. Kami sama – sama gelak sambil aku cakap, “haa macam tu la ayang kena.” Kihkih.
Aku rindu zaman bujang aku, zaman bebas, ada kerjaya . Keluar dengan kawan bila – bila masa, ke mana sahaja. Tapi aku bersyukur bertemu dengan suami aku, dikurniakan 2 orang zuriat yang mengisi hidup aku. Walaupun terp4ksa lepaskan kerjaya aku sebab anak kerap s4kit masa kecik.
Jauh di sudut hati, aku bersyukur seab suami aku baik tak berkira bab duit. Thank you abang. Aku bahagia dengan keluargaku. Malam tu aku tidur lena sebab kepenatan. Esok pagi rutin aku sebagai ibu kembali seperti biasa. Terima kasih kenangan. – Lavender (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Cik Siti Balqis : Alahai, baca confession ni terus rasa sayu sebab semua tu dah berlalu. Zaman bebas ke sana sini tanpa risau anak kat rumah, tak risau anak tercicir kat belakang bila jalan dalam mall, etc. Tapi masih tetap bersyukur sebab dikurniakn suami yang baik dan anak – anak yang comel. Hidup lebih bermakna bila dah berkeluarga. Takpe, kita lepaskan kenangan itu dan hargai apa yang kita ada sekarang.
Siti Khalidah : Para isteri especially suri rumah, kena ada me time ya. Minta dengan suami. Kenangan saya paling rindu dekat PLKN merbok dan Asasi UM. Rasa nk pergi semula sana. Nanti free – free rasa nak pergi UM sorang – sorang, tengok semula suasana, kolej 12.
Saya pun suri rumah tapi ada part time tuisyen, memang banyak masa dekat rumah. Sekarang bila anak dah senang nak tinggal, sekurang – kurangnya sebulan sekali minta izin nak me time. Pergi window shopping, tengok wayang, jalan – jalan.
Suami pun saya bagi je dia pergi tengok wayang dengan kawan – kawan main game semua. Tunggu anak besar dulu baru tengok sama – sama. Memang rasa perbezaan dapat me time dengan tak. Saya rasa mungkin sebab ni juga saya dengan suami jarang g4duh walaupun hampir 6 tahun kahwin.
Noorsyazana Mohd Nor : Baru buat minggu lepas. Tapi aku kat UM, lepas tu merayau sengsorang kat KL Sentral, NU Sentral. Best juga. Benda pertama teringin nak buat sejak 6 tahun jadi ibu yang tak pernah berenggang dengan anak – anak. Lepas ni mungkin akan repeat lagi bila berkesempatan macam tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.