6 tahun aku merajuk tak balik kampung, bila aku tengok iklan TNB pasal abah dan anak. Aku nekad balik

Hanya sebab aku tak dapat semua A masa SPM, abah langsung tak nak cakap dgn aku, senyum pun tak. Aku putvskan hubungan dengan keluarga selama 6 tahun. Bila aku balik, aku nak sangat jumpa abah tapi mak bawa aku pergi masjid pimpin tangan aku ke kubvr..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku ingin menulis perihal hidup aku sebagai pedoman untuk bakal ibu bapa kat luar sana. Cerita ni berlaku beberapa tahun lepas. Aku ini bolehlah dik4takan anak harapan keluarga.

Anak kedua dalam 4 orang adik beradik. Adik aku seorang 0KU, seorang lagi ada masalah lambat dalam belajar (tak boleh nak ingat huruf, tak tahu membaca langsung). Abang aku tak habis sekolah. Lepas PMR dia terus kerja.

Dalam 4 orang adik beradik ni, Alhamdulillah. Aku yang paling mudah menerima ilmu. Habis PMR, aku pindah masuk asrama. Umur 16 tahun, berjumpa dengan kawan – kawan baru, masuk persekitaran baru, aku terIampau muda untuk berfikir tanpa berpaksikan ‘hidup remaja kena lah enjoy’.

Pelajaran entah ke mana, agama entah ke mana. Solat sambil lewa. MeIawan cakap warden itu perkara biasa. Dan banyak lagi perkara – perkara jahat yang malas sebenarnya aku nak kenang. Kemuncaknya bila keluar keputvsan SPM.

Keputvsan aku kalau difikir balik.. takde lah teruk mana. Tapi mungkin kerana stigma masyarakat sekeliling yang buat bapa aku menganggap keputvsan aku macam orang b0doh tak berpelajaran. Bila aku tunjuk keputvsan aku pada abah, dia memandang aku seolah aku tiada masa depan.

Merah padam muka dia menahan marah sebab tak nampak semua A dalam slip tu. Seolah slip itu ada lompong – lompong kertas terbakar, berlubang, tiada nilai langsung. Puas aku pujuk ayah. Banyak kali aku minta maaf.

Banyak kali janji aku akan berusaha bersungguh – sungguh bila masuk Universiti. Namun hati dia keras. Hati dia panas. TerIuka. Pengharapan yang dia letak kat aku macam dah dikhi4nati. Semenjak dia nampak keputvsan SPM aku, tak pernah, langsung, dia senyum kat aku. Tak pernah. Langsung. Kalau tegur pun kadang – kadang.

Apa d0sa aku kerana satu slip, kasih seorang ayah terus hilang dari dunia aku. Apa salah aku? Sejak hari tu, aku nekad, takkan balik rumah lagi. Aku nekad, bila aku dah berjaya, baru aku balik kampung jumpa abah. Aku nak buktikan kat abah yang aku boleh berjaya.

UPU aku isi sejauh yang mungkin. Dapat panggiIan, aku siap – siap sediakan semua benda yang aku perlu untuk hidup kat sana. Diploma aku sambung dekat negeri nun hujung bumi Malaysia. Habis Diploma, aku dapat kerja.

Mula – mula kerja cukup – cukup makan. Sikit – sikit aku cuba ubah hidup aku dan alhamdulillah. Aku mampu hidup sendiri. Hubungan dengan keluarga? Aku p0tong habis. Dan seingat aku, sepanjang aku belajar sampai konvo, takde pulak mana – mana ahli keluarga aku datang cari aku.

Aku ingat lagi waktu tu, pagi hari raya aidilfitri. Mungkin Allah nak buka pintu hati aku, nak tunjuk salah besar yang aku buat selama ni. Dalam melepak lepas sembahyang raya, keluar satu iklan raya yang anak dia minta maaf kat abah dia.

Iklan raya TNB. GiIa kalau tak berjurai air mata tengok iklan tu. Dalam sekelip mata semua memori aku dengan abah masa aku kecil masuk balik dalam benak fikiran aku. Memori abah dukung aku, pergi pancing keli kat parit, naik bot mancing kat tasik.

Semua memori bersama abah berpusu – pusu main ‘pass baton’ masuk dalam ingatan aku. Aku nekad, aku nak balik kampung lepas 6 tahun tak balik langsung. Berd0sanya aku kat abah. Sampai kat kampung mak yang mula – mula aku jumpa.

Menitik air mata mak masa peluk aku. Rindu sangat katanya. Adik – adik aku yang paling gembira tengok abang ngah dia balik kampung. Hati aku rasa lega tengok adik istimewa aku masih sihat macam biasa. Tapi aku nak jumpa abah.

Bertubi – tubi soalan mencari abah aku tanya kat mak. Mak cuma diam dan senyum. Mak cakap ‘Abah ada. Kat masjid. Jom mak bawak jumpa abah. Mak nak naik kereta anak mak, boleh?’ Hati aku lega. Lantas aku bawak mak masuk ke dalam kereta menghala ke masjid.

Sampai kat masjid, mak pegang tangan aku. Dia bawak aku pergi kubvr abah. Berderai air mata jantan aku. Mak cakap dah 2 tahun ayah tinggalkan dia. Mak cakap kenapa aku tak pernah balik melawat mereka. Mak cakap kalau sebab keputvsan SPM aku, abah takde maksud langsung nak buat aku macam tu.

Abah cuma kecewa. Sebab dulu Pak Uda datang bawak anak dia. Sambil tunjuk slip anak dia yang takde huruf lain selain A dan A+. Tak lama lepas tu, anak Pak Uda pergi program persediaan dan sambung belajar kat Eropah (sekarang dah jadi doktor mak cakap).

Mak cakap Abah nak sangat tengok anak dia dipandang tinggi orang orang kampung. (Allah sedihnya bila ingat balik) H4ncur hati aku. R3muk. Pun4h.. Menyesal? Sangat! Pak Uda kau memang dah takde orang lain nak riak selain kat depan bapak aku.

Hanya sebab slip aku tak sempurna macam anak kau, ada 3B+ aku tak pernah lagi dah nampak abah senyum, apakan lagi dapat peIuk dengan abah. Aku tak faham manusia yang guna tiket ‘berkongsi kegembiraan’ untuk menghalalkan sifat riak.

Sungguh aku tak faham. Kerana lidah kau yang terlepas cakap, aku hilang kasih sayang seorang abah, aku hilang 6 tahun hidup dengan abah. Kerana satu slip b0doh yang kononnya boleh menjamin masa depan kita semua, hubungan aku dengan orang pertama yang laungkan azan kat telinga aku putvs. Kenapa weh.. kenapa???

Kalau ikut hati aku dulu, memang aku dah bakar rumah Pak Uda. Memang aku dah baIing batu kat cermin tingkap RX-8 anak dia. Tapi mak banyak tolong aku untuk terima qada’ dan qadar yang Allah dah tetapkan. Mak banyak pesan kat aku yang aku masih ada dia.

Aku masih ada adik comel aku 2 orang. Aku masih ada abang gagah aku sorang. Banyak lagi yang ada dalam hidup aku. TerIampau banyak nikmat Allah bagi. Aku rasa cukup lah aku cerita pasal diri aku, untuk ibu bapa generasi baru (sebab sekarang musim budak – budak 90’s kahwin), bila kau dah ada anak, jangan malu dengan pencapaian anak walaupun nampak tak gah di mata orang.

Jangan nak memandai banding- bandingkan anak kau dengan anak orang lain. Kau suka kawan kau compare Ferrari dia dengan Viva kau? Rumah banglo dia dengan rumah sewa kau? Suka? Kalau tak, anak kau pun macam tu.

Kau kena ingat. Kita generasi baru ni lah kena ubah mentaliti generasi berikutnya. Hidup menuntut ilmu jangan bertuhankan slip periksa. DIDIK ANAK KAU DENGAN ILMU, BUKAN HANTAR ANAK KAU BELAJAR ILMU HANYA UNTUK PENUHKAN A DALAM SLIP PERIKSA MEREKA. p/s : maaf kalau banyak typo, menulis dengan emosi – Peminat iklan TNB

Sambungan.. Assalamualaikum. Jadi aku menulis bahagian kedua untuk cerita aku sebab mungkin bahagian pertama menimbulkan sedikit kekeliruan. Pertama sekali, aku tak mengharap pun comment positif dari semua orang.

Yang baik aku ambil sebagai semangat untuk aku teruskan hidup. Aku tulis supaya orang dapat jadikan cerita aku sebagai pengajran. Pertama sekali, Al-Fatihah untuk arw4h Abah. Semoga Abah tenang kat sana. Percayalah, takde satu hari pun dalam hidup aku, aku bangun tidur dengan rasa gembira lepas aku tahu apa jadi kat abah.

Percayalah, takde satu pun masa berlalu tanpa aku rasa menyesal dan berdoa moga moga abah ampunkan aku. Kali ni, biarlah aku bercerita tentang Pak Uda memandangkan ramai orang terlihatnya seperti aku hanya menyalahkan Pak Uda..

D3ndam? Kalau kau tanya aku tentang d3ndam 5 bulan lepas, ya. Memang aku berd3ndam dengan Pak Uda. Pak Uda ini antara anak paling bahagia dalam keluarga besar Abah. Kaya? Sangat kaya. Pak Uda ni sejenis orang yang komited.

Dia perfectionist. Dia passionate. Dia seorang yang sangat suka bekerja kuat dan bermewah mewah dengan harta dia (well aku tak pernah salahkan dia sebab itu semua usaha dia). Sejak aku kecil, setiap kali hari raya, semua cucu cucu nenek kena berkumpul dengan dia.

Sorang – sorang kena beritahu keputvsan periksa depan dia. Kalau anak dia yang paling tinggi (tapi selalunya anak dia paling tinggi) senyum puas lah dia. Pernah aku dan sepupu – sepupu tak mahu balik kampung sebab kami ada gagal dalam bahasa Inggeris.

Aku ingat satu ayat wajib dia : “Tulah belajar main – main. Lain kalau belajar rajin – rajin. Jadi pandai macam Abu (bukan nama sebenar) anak Pak Uda” Tapi macam tu lah Pak Uda. Semangat untuk jadi keluarga yang terbaik dalam keluarga besar nenek memang tinggi (kau jangan tanya kenapa. Sampai sekarang aku tak faham).

Seingat aku cuma dalam filem je kalau kau tak jadi keluarga yang terbaik kau m4ti. Keluarga Don Carleone. Lepas habis PMR, keputvsan aku lebih baik dari anak dia. Cita – cita dia nak masukkan anak dia pergi asrama penuh tak tercapai.

Bangga? Eh mestilah. D4rah muda. Rasa kepuasan yang lain macam bila dapat tutup mulut orang yang selalu persoalkan kebolehan kau. Paling seronok juga bila semua sepupu – sepupu aku pun dapat keputvsan sama dengan aku.

Tapi kami takdelah datang jumpa Pak Uda lepas tu campak keputvsan periksa depan dia. Kami cuma bercerita sesama kami tentang bagaimana puasnya hati kami.Mungkin sebab perasaan riak aku masa tu, Allah bayar cash.

D4rah muda.. sigh “Calm Before The St0rm” Lepas aku pindah duduk asrama penuh, Pak uda selalu datang jumpa abah. Konon nak melawat tapi setiap kali berbual, dia akan cerita cara mana bagaimana anak dia selalu dapat Top 1 dalam sekolah.

Dia akan tanya cara mana keputvsan pelajaran aku. Bagaimana dia atur tuisyen anak dia setiap hari. Bila aku balik cuti sekolah, sampai – sampai je Pak Uda yang tercongong kat stesen bas nak ambil aku. Sebab abah takde kereta.

Ada pun motor EX-5 lama buat pergi kebun. Memang Pak Uda selalu tolong ambil aku. Tapi aku rasa bila dia dapat tugas ambil aku, dia macam “bunvh 2 burung pakai satu batu”. Macam – macam soalan dia tanya sampai aku pun naik semak.

Kadang – kadang terp4ksa lah aku tipu sikit semata – mata nak biar dia berhenti tanya. Dan untuk korang yang yang nak tahu kenapa aku nekad tinggalkan rumah lepas SPM, jawapan dia aku dah betul – betul patah semangat.

Hati aku h4ncur. Kau tak tahu macamana s4kitnya bila mana kau sampai kat meja makan, abah kau terus habiskan makanan dia dan pergi. Kau tak tahu macamana s4kitnya hati kau bila mana abah ajak anak – anak yang lain pergi mancing tapi kau dipandang sepi.

Kau tak tahu macamana s4kitnya bila kau nak datang kebun sebab nak tolong abah tapi kena halau balik sebab dik4tanya menyibuk. Kau tak tahu betapa “r4puhnya” hati budak belasan tahun macam aku bila diperlaku sebegitu.

Masa tu aku cakap, cukup lah 6 bulan aku macam ni. Aku nak lari dan balik semula kat Abah bila aku dah berjaya. Rancangan aku masa mula mula memang nak balik lepas dapat scroll. Tapi tulah.. Hati aku tak puas. Hati aku tak akan pernah puas selagi mana aku tak dapat hidup senang dan buat abah gembira.

Masa tu memang aku jahiI. Pada aku cuma wang, harta dan pangkat yang mampu bahagiakan Abah. Tapi aku lupa benda yang paling senang, tapi paling efektif. Mak Abah kita ni kadang – kadang diorang bukan nak pun semua tu.

Cukup lah kita datang melawat mereka. Cukuplah muka kita terbonjol kat muka pintu rumah mereka masa pagi raya. Cukup semua tu untuk mereka. Aku pasti semua mak ayah macam tu. Untuk korang yang hentam aku teruk, takpe, aku faham.

Memang salah aku tak mampu jadi anak sempurna. Memang salah aku tak balik kat abah pergi minta maaf. Walaupun setiap hari mak cakap kat aku yang Abah masih sayangkan aku. Abah dah lama maafkan aku. Tapi hati aku tetap tak puas.

Aku masih tak dapat maafkan diri aku bila aku dengar sebenarnya Abah dengan mak nak datang konvo aku, tapi masa tu abah s4kit kuat. Kalau sahaja kamu semua tahu betapa sepinya hati bila nampak orang lain bergambar dengan keluarga masa k0nvo tapi kau cuma ada jubah k0nvo dan scroll sebagai peneman.

Tapi takpelah. Kita manusia. Dugaan kita lain – lain. Trust me, lepas arw4h Abah meninggaI, tak pernah pun sekali dalam hidup aku, air mata aku tak mengalir bila baca “Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghiran”

Maafkan aku kerana tulisan aku yang sebelum ni nampak macam aku menunding jari 100 peratus kat Pak Uda. Aku menulis ni pun sebab 2 hari lepas, Pak Uda dapat cucu baru, ayat pertama yang terpacul dari mulut dia bila kami datang melawat adalah ”nanti besar jadi doktor macam ayah dia”.

Dah macam cerita 3 idi0t lah pulak. Apa salah bayi tu woi. Apa salah dia sampai mula – mula buka mata kat dunia pun orang lain dah cuba nak tentukan masa depan dia. Kalau korang nak tahu, anak Pak Uda tu pun bukan semua dia tatang bagai minyak yang penuh.

Yang berjaya di layan cara lain. Yang tak berapa nak cemerlang dia layan cara lain. Maaf kalau aku ada Iukakan hati siapa – siapa bila bercerita kisah hidup aku. Aku bukan sempurna. Aku yang dulu memang manusia paling tak berguna.

Besar sangat d0sa aku kat abah. Mungkin cuma ner4ka tempat aku. Tapi sekarang aku dah sedar. Kesilapan aku paling besar bukan lah sebab ada B dalam slip keputvsan aku. Kesilapan aku paling besar bukan lah sebab aku tak belajar rajin – rajin dan dapat result yang cemerlang.

Kesilapan aku paling besar adalah terlalu mendegar cakap cakap orang lain. Aku hidup untuk Allah. Aku hidup untuk bahagiakan keluarga aku. Kenapa aku perlu bahagiakan hati orang lain kalau aku ada keluarga sendiri untuk dibahagiakan?

Untuk yang bagi kata – kata semangat, terima kasih. Sekarang aku dah berhenti kerja dan tinggal dengan Mak. Buat masa ni aku cuba kerjakan balik kebun kebun arw4h abah. Mungkin itu boleh buat aku gembira, Terima kasih.

Some of you are very nice. Some even pray for my late father’s happiness for the here after. Terima kasih – terima kasih. Barakallah. Satu je aku nak pesan. Kalau nak cakap sesuatu, kalau nak tunjuk apa yang kita ada, banyak banyak lah fikir tentang orang sekeliling.

Jangan sebab kau ‘terlebih’ cakap, kau buat orang lain mend3rita. “A slip of the tongue can change someone’s life.. Forever”. – Pend0sa

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.