Serta merta angin satu badan, aku telefon suami. Aku cakap, “kenapa biadap sangat awak dengan betina itu?! Nak suruh saya basuh ke?” Serta merta suami aku terus balik, dia kata nak bak4r. Takut aku mandrem…
#Foto sekadar hiasan. Aku nak minta nasihat dari semua pembaca yang bijak pandai kat sini. Aku baru sahaja dapat tahu suami ada affair dengan perempuan lain dalam 5 – 6 bulan lepas. Dan apa yang aku tahu wanita itu masa itu masih isteri orang dan kini telah bercerai dengan suami dia. Baru habis edah bulan lepas.
Aku dan suami dalam proses nak ke mahkamah sebab dah tak tahan dengan per4ngai suami yang curang dan sering menipu aku. Tapi tak tahu kenapa hati ini masih mengharap pada orang yang tak berguna itu. Kadang – kadang dia pujuk aku dengan bagi beribu alasan dan aku tak faham dengan hati aku yang mudah berlembut dengan dia.
Kawan aku ada bertanya pada perempuan itu tapi tak mengaku yang dia ada affair dengan suami aku, begitu juga dengan suami aku. Akhirnya aku yang mereka tuduh mereka cerita dan menuduh mereka. Aku sering menangis dan berdoa sebab aku tak ada bukti.
Aku dan suami pantang berjumpa pasti berg4duh dan suami pandai mereka seribu satu alasan. Pernah satu malam, suami kata dia kata kerja OT pada masa yang sama anak angkat aku demam sebab kena chickenpox. Dia biarkan sahaja.
Kuasa Allah mengatasi segalanya bila masa dia nak buat OT dalam borang itu tiada OT pada tarikh berkenaan. Bila aku tanya, dia diam. Akhirnya kami berg4duh dan dia angkat kain baju dan duduk sewa kat luar konon nak redakan keadaan.
Tapi hakik4tnya dia bersama dengan perempuan itu tapi bernasib baik perempuan itu di Melaka dan suami di KL. Hanya jumpa pada hujung minggu dan bila cuti. Perempuan itu sudah berkahwin 2 kali dan sekarang telah bercerai 2 kali.
Dulu masa aku berkahwin 9 tahun lalu, aku jarang beli baju mahal dan tak menjaga penampilan sebab bila nak beli baju yang mahal, suami akan menjeling walaupun aku bekerja sebab semua duit dia dan aku kami gabung dan aku yang uruskan.
Sekarang kad ATM dia dah ambil dan dia pulak sering beli baju dan barang yang berjenama. Aku bekerja kerajaan dan telah masuk taraf berpencen dan telah mengeluarkan semua wang KWSP aku dan kami gunakan untuk beli rumah.
Dengan wang tersebut, aku tak pernah mengungkit RM30,000 habis kat rumah baru kami sebab aku tak pernah terfikir pada masa itu yang dia akan curang pada aku dan akan bercerai begini. Aku tersilap. Belum pun setahun pindah, dah jadi macam ini. Aku sedih sangat. Rumah jadi tak terurus.
Frame gambar semua pun tak terg4ntung lagi. Dia buat keputusan keluar dari rumah nak tenangkan fikiran. Aku pernah hubungi perempuan itu minta dia tinggalkan suami aku dan jangan jadi pemusn4h rumah tangga orang tapi dia kata jangan nak menuduh dia, nilai diri sendiri dulu.
Aku minta kawan aku di Melaka jumpa perempuan itu, kebetulan kawan aku pun kenal dia. Rupanya suami aku banyak memburukkan aku pada dia, patutlah dia suruh aku menilai diri sendiri. Masa suami s4kit tak boleh bangun sebab kena bisul dekat dia punya tutt, dia kata aku tak jaga dia padahal akulah yang picit nanah dan d4rah hari – hari sebelum pergi kerja.
Tapi dengan perempuan itu, dia kata lain. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku. Hari – hari aku berdoa minta diberi petunjuk akhirnya Tuhan bagi petunjuk yang jelas sekali tanpa mereka dapat menyangkal. Memang mereka ada hubungan.
Sekarang ini kawan aku pula yang suami aku tuduh cuba campur dalam masalah rumahtangga kami dan penyebabnya. Kesian kawan aku, tak pasal – pasal dia yang kena. Tetap menangkan perempuan itu. Entahlah, bila lah benda ini nak berakhir. Terlalu tersiksa rasanya.
Paling terbaru kebetulan aku dapat password dan email suami. Bila aku buka, ya Allah! Terk3jut aku dengan gambar – gambar dia dan perempuan murahan itu. Pembaca boleh fikir sendiri, kan, gambar macam mana. Bila aku tanya pada kawan aku betul ke gambar perempuan itu, memang sah perempuan itu.
Bayangkan seorang isteri melihat benda – benda itu. Menggigil aku nak terima kenyataan itu. Sejuk tangan takut orang lihat dan mengaibkan suami. Aku benci suami dan perempuan itu. Tak takut ke dia pahala dan d0sa? Macam muka orang tak bersalah sahaja.
Macam tak berharga sahaja peng0rbanan dan kesetiaan aku selama 9 tahun ini. Kami ditakdirkan tak mempunyai anak dan kami ada ambil anak angkat. Aku dan dia buat check-up, masalah dari dia tapi aku boleh terima walaupun tak ada anak.
Tapi kenapa dia boleh curang sedangkan dia tahu masalah dari dia? Dia bawa perempuan dan anak perempuan itu ke hulu ke hilir sedangkan anak isteri sendiri dibiar sahaja kat rumah. Sekarang ini aku ugvt perempuan itu nak bagi gambar itu pada boss dia.
Dia takut dan sekarang ini tengah push suami aku agar aku buang semua gambar itu. Boleh ke dia buat laporan polis sebab aku bukan nak sebarkan pada umum? Semalam suami aku marah dan dah mula naik tangan dekat aku suruh buang gambar itu.
Aku tetap dengan pendirian aku. Aku tengok suami dan perempuan itu macam ketakutan. Itu satu kepuasan pada aku. Berd0sa ke aku buat macam itu? Urusan dengan pejabat agama dah selesai, cuma tunggu panggiIan mahkamah sahaja.
Sekarang suami dah pindah balik ke rumah pujuk aku buang gambar itu, tapi kami duduk bilik asing – asing. Aku takut nak keluar rumah sebab takut dik4takan nusyuz pula, nanti satu apa pun aku tak dapat. Dah lah nafkah edah dan mutaah tak nak bagi.
Aku bencikan perempuan itu. Kenapa ada perempuan yang macam itu kat dunia ini, perosak rumah tangga orang. Kadang – kadang hati ini berbeIah bahagi, betul ke apa yang aku buat ini. Tolonglah bagi nasihat sebab aku terlalu lemah dengan pujukan suami.
Nak keluar rumah tak tahu nak ke mana, keluarga duduk jauh. Aku buntu. Semalam aku nak basuh baju dia, tapi sebelum itu, 2 – 3 hari lepas dia kata outstation Johor. Bila aku keluarkan dari plastik, ha! Keluar baju dalam wanita.
Serta merta angin satu badan aku, telefon dia aku cakap kenapa kurang ajar sangat awak dengan betina itu, kalau nak berz1na pun lantaklah aku tak nak ambil tahu yang pergi letak baju dalam betina murahan itu buat apa, nak suruh aku basuh ke? Lepas tu terus letak telefon. Tak lama lepas itu dia balik.
Tanya mana baju dalam itu, lepas itu aku cakap nak bakar, dia kata biar dia bakar. Aku bagi sahaja, lantaklah dia bakar depan aku. Ala, setakat baju dalam murah tu, takut aku mandrem dia kot itu yang suruh suami buang atau bakar. Tak kisahlah asal tak ada kat aku. Ya Allah, beratnya dugaan.
Lepas aku goreng mee (dia yang suruh nak makan, tak sampai hati pula tak buat), aku duduk fikir balik kenapa nak marah, dah nak cerai dah, aku menumpang sahaja kat rumah itu sementara waktu sebelum dapat tempat tinggal lain. Esok aku nak hantar borang permohonan cerai ke mahkamah. Minta semuanya berjalan lancar dan mudah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.