Bila aku sampai rumah sewa suami, aku tengok ada ramai kawan dia dalam rumah. Aku telefon cakap aku nak masuk, tapi kena marah. Dia marah sebab aku tak sepatutnya balik rumah dia hari tu. Kenapa aku perlu meminta izin dan mengemis hanya untuk pulang ke rumah suami aku?
#Foto sekadar hiasan. Aku mengenali suami di salah sebuah IPT saat kami mula – mula mendaftar di tahun yang pertama. Dia dilantik sebagai ketua kuliah dan kami berdua sahaja dalam kelas tersebut dari negeri yang sama.
Dari situlah aku mula berurusan dan berhubung dengannya. Dia 4 tahun muda dari aku. Dia seorang yang lemah lembut dalam bicara dan perwatakan tetapi sangat berkepimpinan dan bersungguh – sungguh dalam pekerjaannya.
Dia tidak pernah bercinta dengan mana – mana perempuan manakala aku masih f0bia sebab baru lepas putvs cinta, penantian bertahun – tahun telah disia – siakan. Suatu hari dia mula meluahkan rasa cintanya terhadap aku, sejak itu dia selalu mengambil berat, menghantar aku pulang, tolong aku repair kereta aku yang rosak dan macam – macam lagi.
Dan sejak itu juga kami mulai rapat walaupun kami jarang berhubung dengan panggiIan telefon dan pesanan ringkas kerana dia sangat sibuk dengan kerjayanya dan dia juga sering meminta aku untuk menjaga batas pergaulan kerana ingin merasakan kemanisan dalam ik4tan perkahwinan nanti.
Kadang – kadang dia tidak menghubungi aku sekian lama dan selalunya aku yang memulakan dulu dan aku juga pernah berg4duh kerana dia sering tidak menghubungi aku, membaIas pesanan ringkas juga agak susah, apatah lagi menghubungi aku melalui panggiIan telefon, kecuali jika ada perkara yang penting sahaja.
Dan mulai saat itu, kami merancang untuk bertunang dan berkahwin. Aku mulai rapat dengan rakan – rakan dan keluarganya dan dari merekalah aku lebih mengenalinya dan sem4kin jatuh cinta dengannya.
24 disember – Keluarga dan rakan – rakannya datang ke rumah aku dan kami mengik4t tali pertunangan hampir setahun lebih. Dia sem4kin sibuk mengumpul duit untuk berkahwin. Kami juga jarang berhubung, namun ik4tan pertunangan ini lebih mencabar, kami diuji dengan orang – orang sekeliling yang tidak suka hubungan kami sehingga menfitnahnya macam – macam perkara.
Namun kami terus bertahan mempert4hankan hubungan itu walau dalam tangisan dan kes4kitan. Kami juga pernah berg4duh hanya kerana kesibukannya dan dia sering berjanji dengan aku, “nanti kalau dah kahwin, saya mesti akan pandai bahagikan masa dengan kerja dan keluarga.”
31 mac – Dengan sekali lafaz dia menjadi suami aku. Selepas berkahwin kami juga duduk berjauhan kerana tempat kerja aku jauh dari rumah sewanya lebih kurang hampir satu jam perjalanan. Oleh itu, setiap minggu aku akan pulang ke rumahnya kerana dia duduk seorang diri manakala aku duduk menyewa bersama rakan.
Setiap hari aku tak sabar menunggu hari minggu untuk pulang bertemu dengannya. Dan setiap hari aku fikirkan apa yang ingin aku lakukan untuk menghilangkan rasa malu aku terhadapnya. Minggu yang PERTAMA selepas perkahwinan kami, aku membawa dia pergi ke rumah saud4ra mara aku di kampung dan selepas itu kami merancang untuk tengok wayang bersama – sama.
Itulah kali pertama kami keluar berdua – duaan sepanjang perkenalan. Malam itu aku balik ke rumahnya dan esoknya dia bawa aku berjalan dengan keluarganya pula. Minggu KEDUA juga seperti biasa aku akan pulang ke rumahnya dan aku masih malu saat berhadapan dengannya.
Segala yang ingin aku lakukan saat bertemu dengannya hilang. Dia pernah civm pipi aku dan cakap yang dia sayang dekat aku tapi aku masih malu – malu lagi ketika tu. Kami makan dan tidur bersama dalam minggu itu tetapi kami tidak pernah lagi menjalinkan hubungan normal seperti suami isteri yang lain.
Kami hanya bertukar cerita dan menjalani kehidupan harian seperti makan dan masak bersama dalam tempoh dua hari minggu itu. Selepas pulang dari rumahnya, dia seperti biasa, jarang menghubungi aku dan dia masih dalam kesibukannya.
Aku pernah bertanya tentang hubungan suami isteri kepadanya kerana apabila di pejabat kami, semua orang membicarakan tentang itu mungkin kerana kami masih dalam fasa pengantin baru. Tetapi dia kata kepada aku, “mungkin makan masa sebab kita tak pernah bercinta sangat dulu”.
Dia juga selalu menasihati aku untuk menjadi isteri yang baik, contohnya aku perlu menjaga hatinya dan menemaninya makan bersama. Minggu ini juga aku mengikut dia pulang ke kampungnya dan aku sangat gembira bersama keluarganya yang sangat baik terhadap aku.
Dia bawa aku berjalan – jalan dan aku sangat bahagia bersamanya walaupun aku masih malu – malu lagi dengannya. Minggu KETIGA perkahwinan kami, jumaat sebelum aku balik ke rumahnya kami bertengkar kerana aku tidak memberitahunya terlebih dahulu untuk melabur wang dan aku hanya mengadu kepadanya yang aku telah ditipu.
Ketika itu dia sangat marah dan itu adalah kali pertama dia mengherdik aku dan tidak membenarkan aku pulang ke rumahnya esok. Malam itu aku menangis sepuasnya dan aku sangat merindukannya. Aku memohon maaf berkali – kali tetapi dia tidak melayan pesanan ringkas dan tidak mengangkat panggiIan telefon aku.
Aku tidak tahu untuk pergi ke mana waktu itu kerana kunci rumah aku berada pada rakan serumah dan dia telah pulang ke kampung, jika aku pulang ke rumah keluarga aku dalam keadaan ini sudah pasti keluarga aku bimbang dan mengesyaki sesuatu.
Aku tidur di sebuah hotel yang agak jauh dan dalam masa yang sama aku ingin menenangkan fikiran. Aku tidak memberitahu dan meminta izinya kerana dia juga sedang marah kepada aku. Pada esoknya keluarga aku menelefon aku yang sedang tidur di hotel, mereka menyangka aku berada di rumah suami aku dan ingin makan tengah hari di rumah kami.
Aku menghubungi suami aku dan bergegas untuk pulang ke rumahnya dan kami mula berbaik ketika itu. Aku sempat menunjukkan seutas rantai yang aku pakai tertulis namanya yang telah aku beli di sana, dia lalu tersenyum kepada aku.
Aku meminta maaf kepadanya dan dia memaafkan aku. Minggu yang KEEMPAT, aku bercuti awal kerana kami akan menyambut kenduri perkahwinan kami di rumah keluarganya yang agak jauh di selatan. Ketika waktu itu dia sedang s4kit dan terkena demam pelentong, semasa 5 hari aku di kampungnya dia meminta untuk tidak tidur bersama aku kerana bimbang aku terkena jangkitan demamnya walaupun aku tidak kisah dengan jangkitan itu.
Tetapi dia sangat marah jika aku tidak mendengar cakapnya. Aku merasa sangat sunyi dan merasa keseorangan di kampungnya hanya saud4ra mara dan suasana kenduri yang membuat aku rasa gembira. Dia seperti menjauhkan diri dari aku, tidak seperti saat mula – mula kami balik ke kampungnya.
Ke mana dia pergi aku akan mengikutinya dulu tetapi tidak kali ini. Pada hari kenduri, waktu kami bergambar, dia sangat gembira, aku menyuap nasi kepadanya dan dia sangat rapat dengan aku tetapi pada keesokan harinya sewaktu berjalan dengan kawan – kawan sekampungnya dia lebih gembira bersama mereka daripada bersama aku.
Aku pula seolah kaku dan kekok. Suatu malam di kampung aku minta dia tidur bersama aku, aku memberi alasan aku sangat takut kerana aku baru sahaja menonton cerita hantu di telefon tadi. Aku duduk di tepi katil yang terletak dekat dengan dapur rumah kampung itu.
Tapi mungkin dia terlalu penat, dia tidak mengindahkan aku. Aku naik di bilik atas namun aku tak boleh melelapkan mata. Saat ini aku sangat – sangat merindukannya. Waktu semua keluarganya sedang tidur, aku turun di bawah, aku duduk lagi di sebeIahnya yang sedang nyenyak tidur.
Aku mencivm pipinya lalu aku berlari ke atas sebelum dia sedar dari tidurnya. Keesokannya kami pulang ke utara, dia seperti biasa hanya diam sahaja dengan aku di dalam kereta, tak seperti dulu, banyak sahaja ceritanya.
Sekarang jika aku bercerita dia hanya mengangguk dan tersenyum. Lama kelamaan aku bosan dan turut berdiam. Dalam perjalanan balik aku dimarahi olehnya kerana kesilapan aku yang tidak tunduk di hadapan ibunya sedangkan waktu itu aku tidak sengaja kerana aku baru keluar dari dalam tandas dan pakaian aku tidak sempurna.
Di dalam kereta dia meninggikan suara dan aku menangis sekuat hati kerana aku juga sekian lama memendam rasa dengan layanannya kepada aku di kampung. Dia memujuk aku dan memeIuk aku dan walau ia hanya beberapa minit tapi mengubah segala em0si dan menghilangkan marah aku padanya saat itu.
Minggu KELIMA aku pergi ke rumahnya, Dia terlantar s4kit di atas katil, badannya demam panas, hampir seminggu yang lepas demamnya masih tidak kebah. Aku meminta untuk menjaganya ketika s4kit dan ingin mengambil cuti tetapi dia tidak mengizinkan.
Malam itu aku memeIuk tubuhnya yang nampak lemah tetapi dia menolak dan menepis tangan aku. Kemudian dia bangun dan tidur di bawah. “kenapa awak tidur di bawah?”. Soal aku saat aku terjaga dan dia tidak ada di sebeIahku. “saya tak selesa”. BaIasnya ringkas.
Pagi itu aku bangun awal untuk masak sarapan buatnya. Aku buatkan dia susu kurma kalau – kalau dia tak lalu makan, sekurangnya mampu memberi tenaga kepadanya. Sebelum aku hidang di atas meja kecil kami, aku k3jutkan dia untuk mandi.
Dia bangun dan terus bersiap untuk keluar, ada kerja katanya. Aku cepat – cepat isi sarapan dalam bekas dan beri pada dia. “awak larat ke pergi kerja?” soal ku. Dia hanya mengangguk dengan wajah yang serius. Sekian lama aku tidak melihat senyuman manis di wajahnya.
Hari ini aku mahu masak makanan yang sedap – sedap untuk dia. Selepas dia keluar dari rumah aku minta izin dan bersiap ke pekan yang berhampiran untuk membeli peralatan rumah dan lauk pauk untuk di masak. Aku mengemas rumahnya,mencuci toilet,mencuci cadar dan lantai rumahnya.
Aku bakar ikan dalam oven yang kami dapat sempena perkahwinan kami. Aku tidak merasakan kepenatan dan tidak sabar menunggu ia pulang dan makan bersama. Jam menunjukkan pukuI 5 petang, aku memberanikan diri menghantar pesanan ringkas wassup kepadanya kerana aku bimbang mengganggunya yang sedang bekerja.
“Assalamualaikum, awak tidak balik makan tengah hari ke?. Dia baIas ringkas, “tidak”.
“Takpe la, boleh simpan untuk makan malam nanti”. Bisik hatiku.
Aku tidak tahu apa yang ingin aku lakukan lagi. Perut aku terasa sangat lapar tapi aku tidak punya selera untuk makan. Badan aku sangat penat tetapi aku tidak berdaya melelapkan mata di atas katil. Aku sambung kerja aku mencuci tandas di rumah itu.
Aku melihat lumut – lumut pekat di tepi kolam. “mungkin sekotor ini hati aku hingga suami aku tidak menginginkan aku’. Aku menggosoknya dengan sekuat hati dan tanpa aku sedar air mata aku mengalir dengan laju. Aku menangis sambil tangan aku menyental kotoran yang ada di tandas itu, aku tidak sedar Iuka pada jari.
Sangat pedih waktu aku membasuh tangan, mungkin tergesel batu – batu kecil marmar di kolam tadi. Jam menunjukkan jam 7 petang. Aku menghidang makanan tadi di atas meja selepas aku panaskannya sekali lag. “lepas ni kalau dia balik, aku ingin memeIuknya sekuat hati supaya dia tidak marahkan aku lagi.”bisik hatiku.
“Aku ingin bertanya kepadanya, adakah aku bukan isteri yang menyenangkan hatinya”. Bermacam – macam perkara yang ingin aku lakukan dan katakan saat aku dihadapnya. Aku tidak sabar bertemu dengannya dan aku akan melayaninya dengan baik nanti.
Satu pesanan wassup darinya masuk, aku baca. “awak balik lah rumah sewa awak malam ni, saya mungkin akan balik lewat”. Aku membaIas, “takpe, saya nak balik esok pagi, saya nak jumpa awak dan nak peIuk awak”.
Dia membaIas lagi, “balik la, saya tak nak, jangan sentuh saya apa – apa, saya rimas, saya tak sihat kan”. Aku membaIasnya dengan air mata yang bercucuran di pipiku, “ok, baik…saya akan balik tapi awak kena balik dulu, saya nak jumpa awak sekejap je sebelum saya balik, saya janji saya nak salam je”.
Dia membaIasnya lagi, “ok saya dalam perjalanan balik, awak boleh siap sekarang dan terus balik ipoh”. Aku mengemas pakaian aku dan bersiap untuk balik ke rumah sewa aku malam itu. Setengah jam kemudian dia pulang, aku menunggunya di hadapan pintu, aku salam tangannya dan mencivm tangan itu, tangannya masih terasa panas, wajahnya juga seperti tak bermaya, aku ingin memeIuknya tapi aku tidak berani.
“Awak, maafkan saya ya sebab tak jadi isteri yang menyenangkan untuk awak.” Kata aku kepadanya sambil tertunduk. Dia merenung wajah aku tanpa berkata apa – apa. Aku keluar dari rumah itu dan air mata aku d3ras mengalir.
Aku memecut kereta aku sambil tangisan yang tak mampu aku tahan. Aku berhenti di sebuah shell di tepi jalan. Aku parking di suatu sudut yang jauh dari orang. Aku nangis dengan kuat,aku menangis sepuas – puasnya hingga aku terasa sangat penat dan mengantuk.
Aku terlena tanpa aku sedar. Jam 12.00 malam aku terjaga dan aku mencari 7e yang berdekatan, membeli kopi mencari tenaga untuk aku meneruskan perjalanan aku. Minggu yang KEENAM, aku tidak sabar untuk balik ke rumahnya, dia minta aku pulang ke rumahnya hari ahad kerana hari sabtu dia ada urusan kerja.
Aku berasa sangat tertekan kerana aku sangat merindukannya. Sekian lama juga dia tidak membaIas mesej aku semasa aku di rumah sewa. Pada hari jumaat itu, aku kerja malam dan habis kerja jam 12 malam, selepas habis kerja, aku pulang juga kerumahnya.
Aku telah sampai di hadapan rumahnya dan kelihatan ada rakan – rakannya di dalam rumah itu, aku telefon dari dalam kereta dan memberitahunya bahawa aku ingin masuk ke dalam rumah. Dia tidak membenarkan aku masuk kerana ada rakan – rakannya.
Dia memarahi aku kerana tidak mengikut seperti apa yang dirancang, di mana aku akan balik ke rumahnya pada hari ahad. Aku pulang ke rumah ibu bapa aku malam itu. Tidak tahu apa nilai aku sebagai isterinya berbanding rakannya itu.
Pada malam hari sabtu itu, aku minta izin untuk mengikuti rakan aku berjalan – jalan. Itu pun sebab aku sangat tertekan. Dia mengizinkan dan aku dan rakan aku membuat video live di instagram. Malam itu aku sangat gembira.
Aku melepaskan semua tekanan. Kami berjalan di tepi laut dan makan bersama mereka. Keesokan paginya dia memarahi aku kerana membuat video live itu, dia tidak suka jika orang lihat aku tidak bersamanya seolah dia sering meninggaIkan aku.
Mungkin baginya aku telah membuka aib rumah tangga kami. Aku memohon maaf dan dia tidak membenarkan aku pulang ke rumahnya malam itu. Aku rasa sangat tertekan. Sekian lama aku pendamkan segalanya. Aku tidak mahukan apa – apa darinya.
Aku hanya ingin dia ada di sisi namun dia mula menjauhkan dirinya dari aku dari minggu ketiga perkahwinan kami lagi. Mengapa aku perlu meminta izin dan mengemis hanya untuk pulang ke rumah suami? Aku sangat tertekan.
Hanya Allah yang tahu bagaimana rasanya rindu yang tidak terucap ini kepadanya. Perasaan marah dan tertekan menguasai diri aku. Aku menghantar mesej kepadanya. “kenapa awak buat saya macam ini? Kalau awak tak suka saya lagi, awak boleh pulangkan saya pada keluarga saya dengan cara baik.”
Dia tidak membaIas mesej aku dan hanya membacanya sahaja. Aku jadi lagi marah. Aku menaip mesej lagi. Kali ini aku tidak tahu apa yang menguasai diri. Aku rasa sangat tertekan. Aku menaip mesej sambil aku menangis teresak – esak.
PanggiIan telefon aku juga tidak diendahkannya. Aku menaip mesej keapadanya dengan bahasa yang agak kasar, “Lantak kau lahhh nak jadi apa pun”. Beberapa jam selepas itu ibunya telefon aku dan meminta aku balik ke rumah suami aku.
Ibu menasihati aku dengan baik. Aku berasa sangat bersalah atas apa yang aku lakukan. Aku seolah lupa aku tidak sepatutnya melakukan seperti itu. Aku start enjin kereta dan bergegas balik ke rumahnya. Dalam perjalanan, dia telefon aku,
“awak tak payah balik rumah, saya nak jam 2 petang nanti, saya jumpa awak dan ayah awak di rest hause”, katanya kepada aku.
Aku bertanya, “kenapa nak jumpa ayah? Kita kan nak selesaikannya sendiri? Saya balik rumah awak ye? Saya nak minta maaf ,saya buat salah tadi.” baIas aku dengan nada memujuk.
“tak payah, ada kawan saya di rumah ni, awak dengar je dengan baik nanti, apa yang saya nak cakap pada ayah awak, awak cakap apa tadi? Lantak kau la kan?” baIasnya dengan nada yang marah.
“saya minta maaf, tadi saya tidak sengaja… ” talian dim4tikan, belum habis aku merayu.
Aku berasa takut. Aku menangis sekuat hati di dalam kereta sementara menunggu jam 2 petang. Aku sampai di rest hause tersebut. Aku lihat ayah dan ibu serta suami aku di sebuah meja. Air sudah siap terhidang. Ayah aku menyatakan bahawa suami aku yang ingin berjumpa kami kerana keluarganya telefon ayah aku dan memberi tahu bahawa hubungan kami mempunyai masalah.
Dia tidak menafikannya, dia menyatakan kepada ayah aku bahawa dia sudah tidak ada hati terhadap aku. Muka ibu aku berubah. Seperti halilintar terkena jantung aku. Aku menggigil dan aku terkaku tidak mampu berkata apa – apa.
Dia memberi tahu ayah bahawa aku tidak pandai melayaninya, tidak pernah bersamanya dan meny4kiti hatinya. Aku memegang tangannya dan memohon maaf tapi ia menariknya lantas berkata. “Dah, saya dah tak nak, ini yang awak mahukan kan? Soalnya kepada aku.
Aku tergamam melihat mukanya yang penuh benci terhadap aku. Ayah aku penuh tenang berkata kepada aku, “sekarang kakak dah dengarkan apa yang suami kakak cakap? Kakak kena terima yang dia dah tidak ada hati lagi dengan kakak.”
Aku hanya berdiam dan lidah aku kelu menyatakan apa pun. Dia berkata kepada ayah aku bahawa dia akan menguruskan proses ke mahkamah dua minggu lagi. Hanya Allah yang mengatahui bagaimana perasaan aku ketika ini.
Tidak apa yang aku perju4ngkan dalam rumahtangga ini hanya untuk bersamamu dan berada di sisimu. Aku akui saat mula – mula aku menjadi isterinya aku tidak pandai melayaninya kerana perasaan malu aku sebagai seorang wanita.
Jam 9.30 pagi, 16 julai, kami tiba di parking mahkamah rendah syariah. Di dalam kereta aku bersalam dengannya dan aku menangis sekali lagi di hadapannya. Tangannya masih berat untuk aku lepaskan dan aku genggam sekuat hati.
Aku memohon maaf dan berulang kali aku mengatakan bahawa aku menyayanginya. Dia juga turut meminta maaf kepada aku dan mengatakan bahawa cintanya terhadap aku masih menebal tetapi dia tidak mampu membahagiakan aku malah menambah d0sanya terhadap aku
Sewaktu di hadapan hakim aku minta suami aku menyebut apa kekurangan aku di hadapan hakim dan wanita itu berada di situ. Suami aku mengatakan bahawa dia ingin menceraikan aku kerana aku tidak pernah bersamanya dan sering mencari berg4duh dan tidak menghorm4tinya.
Aku tidak membela diri aku atas tuduhan itu dan aku hanya berdiam dan tidak menyatakan apa – apa sewaktu hakim bertanya ada apa yang ingin aku katakan? Aku hanya menjawab, ‘tidak’. Suami aku melafazkan cerai dan aku tidak menitikkan air mata ketika itu.
Mungkin kerana aku sudah puas menangis dan aku merasakan ini adalah kes4kitan terakhir buat diri aku. Aku diceraikan dengan taIak satu tanpa iddah dan tidak boleh dirujuk semula tanpa kad dan mas kahwin baru. Sewaktu keluar dari mahkamah, aku mengatakan pada bekas suami aku,
“kalau awak rasa semua orang nampak kesalahan awak sahaja, hari ini saya dah beri awak peluang untuk cakap apa salah dan kesilapan saya di hadapan hakim dan wanita yang berada di mahkamah tadi kerana wanita itu nanti akan bagi tahu orang – orang yang menyalahkan awak tu mengapa awak menceraikan saya dan bukan hanya salah awak. Saya harap awak berpuas hati dan rasa semua ini adil bagi awak.”
Dia hanya diam dan sewaktu balik itu dia meminta maaf kepada aku kerana mungkir segala janjinya terhadap aku dahulu dan dia mengucapkan terima kasih kepada aku kerana menjadi isterinya. Aku bukan tidak mengerti bahawa hubungan ini sudah halal tetapi tidak mudah bagi seorang wanita yang mempert4hankan maru4h dan dirinya berpuluh tahun, lalu perlu diserahkan pada seorang lelaki yang masih terasa asing.
Layani aku dengan baik agar aku tidak merasakan asing dalam hidupmu. Aku akui terkadang aku em0i tetapi pintaku hanya untuk berada di sisinya. Sekuat apa pun aku, aku tetap seorang wanita yang penuh dengan em0si.
Andai aku berada di sisimu aku merasa sangat tenang dan hilang segala em0siku. Aku seorang perempuan yang tidak mampu berjalan sendiri dalam melayari bahtera rumah tangga ini. Pegang tanganku dan bawa aku bersama – sama.
Tidak ada seorang perempuan pun di dunia ini tidak mahu bersama suaminya. Berterus terang seperti apa yang kamu mahukan dan bantu aku melakukan. Aku ini menjadi isterimu yang ingin dipimpin bukan datang dengan seribu kesempurnaan.
Aku seperti manusia lain yang tidak lari dari kesilapan dan aku juga punya sifat marah, janganlah terus menghukvmku dengan k3jam. Kisah ini kisah benar yang berlaku terhadap aku. Perkahwinan yang dibina tidak sampai tiga bulan akhirnya h4ncur berkecai.
Seolah tiada lagi kasih dan sayang. Cinta yang hampir dua tahun lebih terbina kini berubah arahnya. Aku yang sangat merindui dan mencintainya kini terp4ksa melupakanya dengan sangat dasyat. Aku sendiri terasa seperti ia satu mimpi ngeri yang mengh4ntui aku sehingga kini.
Buat para pembaca yang budiman, doakan aku agar terus kuat dan positif kerana aku sedang belajar untuk terus kuat, terkadang aku masih rapuh dan takut untuk meneruskan kehidupan aku. Betul kata buya hamka, “Sungguh, ramai orang yang telah hilang dirinya sendiri setelah ia kehilangan orang yang dicintai. – ASRAR
Komen Warganet :
Syarifah Wafa Syed Munir : Masyallah dik beratnya dugaan awak. Kisah adik sama macam kisah kawan aku. Kahwin tetapi dilayan suami macam ni. Lepas cerai baru tahu suaminya suka kaum sejenis. Kahwin cuma untuk tutup perbuatannya. Sama macam kisah adik ni.
Sauriani Dn : Confessor, semua sudut pandang commentor lain dah sebut, kecuali satu. Semasa bertunang, ada orang yang tak suka hubungan kalian dan memfitnah ex husband macma – macamkan? Berkenaan apa? Kadang – kadang pokok tak mudah bergoyang tanpa angin atau orang tendang. Memang kalau hati dah sayang, apa orang cakap kita rasa fitnah n dengki. Tapi sebenarnya ada benda yang orang lain nak bagitau, tapi kita taknak dengar.
AiLinz Armz : Sebenarnya awak sendiri ada jawapannya. Cuma awak takut untuk terima kenyataan. Awak sedih dan rasa tak dihargai.. be strong.. move on.. saya yakin, jodoh sebenar awak sedang menunggu awak dengan jambangan bunga kebahagiaan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.