Selepas sebulan bertunang,Hafreez Adam sahkan sudah tiada hubungan dengan Zara Zya

Pada oktober lalu, Zara Zya dan Hafreez Adam telah mengikat tali pertunangan. Mereka terdahulu mula berkenalan selepas sama-sama membintangi sebuah drama bersama, Mona Lisa pada tahun 2017.

Namun selepas bertunang. mereka dilihat tidak lagi memuat naik gambar bersama seperti sebelum ini. Ada desas desus mengatakan terdapat perseIisihan faham. Tetapi ada yang membuat andaian lebih dari itu kerana Hafreez Adam sudah tidak lagi mengikuti Zara Zya di IG.

Hafreez Adam telah mengesahkan bahawa ikatan pertunangan mereka telah pun putus pada bulan lalu. Menurut beliau, mereka berdua berpisah secara baik.

“Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan kami, hari ini.

“Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini. Kami putus pun dengan cara yang baik. Saya dan Zara tidak bergaduh.

“Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami,” kata bintang drama Raisha 2 itu.

Tambahnya lagi, buat masa ini beliau mengelak untuk berjumpa dengan Zara untuk mengelakkan sebarang tekanan dari pihak luar. Dia juga berharap agar dapat diberikan ruang. Dia akur dengan ketentuan dan harap para peminat tidak mempertikaikan lagi dengan apa yang terjadi. Sebaiknya berdoa yang terbaik buat mereka berdua.

“Siapa sahaja jodohnya selepas ini, saya akan mendoakan yang terbaik dari kejauhan. Saya turut mengharapkan pengertian peminat kami, untuk sama-sama mendoakan yang baik-baik.

“Kalau boleh, usahlah bertelagah atau membuat apa-apa pertikaian selepas kami tidak lagi bersama. Teruslah menyokong diri dan kerjaya seni kami,” katanya.

Terdahulu, Zara pernah ditanya mengenai status hubungan mereka yang dilihat tidak lagi seperti dahulu. Zara menjelaskan bahawa apa yang berlaku bukanlah kerana masalah orang ketiga. Kami disini mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.