10 thn kami bercinta seronok buat d0sa z1na bila dah kahwin nafsu suami terus terkunci

Dari umur 16 tahun lagi saya dah terianjur, dalam diam saya bercinta sedangkan mak ayah ingat saya seorang yang baik dan taat. 10 tahun bercinta rasa bahagia, sehinggalah selepas kami kahwin dan saya melahirkan anak pada tahun lepas. Kami jadi macam kayu dan ketika itulah kami sedar, apa yang kami buat dulu..

#Foto sekadar hiasan. Hi, dan salam sejahtera. Saya Josha, berumur 28 tahun, dah berkahwin, mempunyai seorang anak perempuan. Saya ingin menceritakan kehidupan saya bersama kekasih yang kini sudah pun menjadi sebagai suami.

Terlebih dahulu, maafkan saya andai penulisan saya ini tak sempurna dari segi penggunaan bahasa dan jalan cerita yang tunggang langgang. Saya cuba tulis dengan betul ye. Izinkan saya guna bahasa inggeris juga. Saya, seorang anak bongsu dalam 6 beradik yang dilahirkan dalam keluarga yang beragama.

Ibu dan ayah sangat tegas dalam segala hal. Walaupun saya bukan Islam tetapi ibu tetap menyuruh kami berpakaian tutup aur4t. Kami adik2 beradik sentiasa dipantau oleh ibu ayah. Ibu ayah juga tegas katakan ‘no love marriage’.

Begitu la kehidupan saya. Akan tetapi semasa umur saya 16, masih di bangku sekolah saya telah pun jatuh cinta. Cinta monyet kata orang. Saya memang sakan bercinta tanpa pengetahuan ibu ayah. Gred saya pun m4kin menurun walaupun saya dikenali sebagai top student / pelajar harapan.

Saya masih ingat bulan oktober tahun 2009, saya terIanjur buat kali pertama dengan kekasih. Tak, saya bukan bangga dengan perbuatan itu sampai ingat haribulan semua. Tetapi saya memang rasa h1na dan saya menyesal sangat.

Kalaulah masa boleh diundur ke belakang saya memang bersungguh – sungguh akan mempert4hankan mahkota saya. Masa itu memang tak rasa menyesal. Gembira saja memanjang. Dari luar saya seorang yang sangat baik, taat kepada ibu ayah, seorang yang mempunyai ilmu agama.

Ibu ayah juga sangat menyayangi saya dan menganggap saya sebagai anak yang paling taat. Tetapi hakik4tnya sayalah anak yang paling tak guna, anak yang kuat menipu ibu ayah. Maafkan saya ibu dan ayah. Sesungguhnya saya menyesal. Sangat sangat menyesal.

Setiap kali dating dengan kekasih pasti kami akan terIanjur dan ianya bersambung sampai kami mengambil keputvsan untuk berkahwin pada tahun 2018. Saya bagitau ibu yang saya ada kekasih. Ibu kecewa sebab ibu ayah memang menolak love marriage.

Saya pujuk ibu, ibu akur dengan mengatakan, ‘I agree, but any problem you solve on your own’. (Saya akur tetapi apa – apa masalah kamu tanggung sendiri). Tahun 2019, kami berkahwin. Dari sini bermulalah segala kesan akibat berz1na / terIanjur sebelum kahwin.

Betul kata orang selagi tidak tidur sebantal sebilik maka tidak tahu per4ngai sebenar. Kami bercinta hampir 11 tahun. Segalanya baik – baik dan sentiasa berbunga berbau wangi saja. Lepas kahwin baru terb0ngkar yang suami ini suka minum (ar4k) walaupun agama saya dan prinsip keluarga kami menentang perbuatan itu sekeras – kerasnya.

Bulan kedua lepas kahwin, masa saya mengemas bilik suami, terjumpa 2 hp yang masih boleh guna. Saya godek – godek dapat tahu yang sebenarnya suami curang sepanjang bercinta dengan saya. H4ncur luluh hati saya. Rasa nak bunvh diri sebab keb0dohan diri sendiri terlalu percaya dengan suami.

Saya berdepan dengan suami. Dan dia mengaku katanya saya cinta sejati dia. Lain – lain tu saja test market. Kalaulah iman saya tak kuat hari tu, memang saya ter4jang dia dengan jawapan dia yang b0doh tu. Fast forward saya dapat tahu saya mengandung.

Bersyukur walau pun rasa diri ini tidak sedia memikul tanggungjawap sebagai ibu. Tetapi Tuhan maha mengetahui. Masa mengandung sarat sekali lagi saya dapat rasa ada yang tak kena. Saya check hp suami. Hah, tu dia ada message fIirting dengan pompuan lain.

Masa tu rasa memang h4ncur. Tangan menggigiI. Rasa sedih, sayu, menyesal, tak berguna semua ada. Terus saya cakap dekat suami, suami akur dengan perbuatan dia. Nangis minta maaf. Sujud di kaki saya minta saya tolong doakan dia menjadi suami dan ayah yang baik.

Minta doakan supaya dia tidak lagi berfoya – foya. Saya tanya kenapa you buat macam ini. Apa yang tak kena dengan saya. Katanya saya sempurna tetapi since dia dari keluarga yang br0ken, (ibunya berpeny4kit mer0yan selepas melahirkan suami) dia yang tidak mendapat kasih seorang ibu, mudah cair dengan kata – kata perempuan.

Saya bagi peluang lagi. Kami sama – sama berdoa, kesal dengan kesilapan masa lalu. Mungkin ini semua hukvman akibat d0sa kami. Hilangnya nikmat perkahwinan. Kami sama – sama taubat. Semuanya baik – baik sahaja, saya melahirkan puteri saya tahun 2020.

Suami pun m4kin berubah ke arah yang baik. Arak tidak lagi disentuh, hp semua bersih. Saya pun dah tak check hp dia. Saya berdoa, ‘saya takkan check hp suami kalau, ada apa – apa tak kena biar tuhan yang menunjuk, sebab hati manusia ini Tuhan yang pegang.’

Everything was good sampai saya habis pantang, Masa kami nak berhubungan suami isteri, suami tidak mampu. Tetiba suami macam hilang mood. Ujian ini berterusan sampai hari ini. Hampir setahun nafkah batin saya terabai.

Kadang – kadang suami nangis semasa kami nak bermesra tetapi suami tiba – tiba hilang mood. Kalau suami mampu saya pulak hilang mood. Macam kayu saja. Tipu kalau saya katakan yang saya tak pernah rasa suami curang lagi. Hihi. Jahatkan saya.

Saya tanya suami straight forward, ‘eh you makan luar ke sampai tengok muka saya takde mood’. Suami dah bergenang air mata pulak katanya ‘jangan la cakap pasal benda lalu, saya dah taubat, tak fIirt dengan sape – sape dah, only you’.

Kami sama – sama menyesal mungkin ianya akibat berz1na / terIanjur sebelum kahwin. Mungkin hukvman dari Tuhan di dunia ini. Kami sama – sama berdoa minta ampun dari Tuhan. The thing is we have lost kenikmatan perkahwinan.

Suami cakap, ‘Dulu kita onzz saja setiap kali dating, tak ingat Tuhan, tak ingat ibu ayah, tak ingat kesan berd0sa, kesan berz1na dan sekarang perkahwinan kita diuji. Saya dan suami sama – sama janji untuk berhadapan dengan ujian ini.

Setiap hari kami berdoa agar perkahwinan kami direstui oleh Tuhan. Kepada adik – adik di luar sana percaya la, anda berz1na sebelum kahwin pasti ada kesannya. Pasti kenikmatan perkahwinan itu akan berkurang, pasti perkahwinan yang dibina atas d0sa z1na ini akan diuji sampai h4pusnya d0sa tu.

Semoga Tuhan mengampun kami suami isteri. Semoga kami membesarkan anak kami dengan keberkatan Tuhan. – Josha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Hazwani : Walaupun agama kita berlainan, saya salute puan masih fikirkan nak restu tuhan, percaya pada baIasan buruk dan baik, dan fikir nak bertaubat bersama – sama suami. Ramai orang sekarang dah tak percaya pada tuhan, that’s why tak takut buat apa yang tuhan Iarang.

Kalau puan yang non musIim pun boleh berfikir, sedih pula ingat rakan seagama yang h4nyut teruk. Semuanya balik pada individu. Pilihan di tangan kita.

Eina Ibrahim : Wah sekali baca tak perasan yang tt bagitau dia bukan beragama Islam sebab karangan ayat sangat senang faham. Benda yang diIarang itu umpama g0daan ibIis yang paling kuat (jvdi, ar4k, z1na). Bila dah terbiasa dengan semua itu jadi tiada lagi thriII dan excitement bila sudah jadi yang halal.

Apa – apa agama pun memang sebut Iarangan s3ks luar nikah ini. Saya mencadangkan confessor dan suami pergi jumpa kauselor perkahwinan atau doktor s4kit puan. Get a medical and spiritual treatment before it too late. All the best.

Hanie Zuhanie : Tak perlu dipertikai, semua agama memang suruh penganutnya berbuat baik dan menjauhi semua yang tak baik termasuk minum ar4k, berz1na semua. Terpulang pada diri individu tu sendiri. Buat Puan Confessor, moga perkahwinan anda berdua diberkati Tuhan bahagia sampai akhir hayat. Yes, nak berubah tu very hard but try harder. Past is past. Just look forward je okey.

Norizan Mamat Kita ni, bila buat benda curi – curi, memang best. Bila boleh buat bila – bila masa tak ada Iarang tak jadi kesalahan, rasa kurang la thriII tu. Tak apa, hidup memang gitu. Akhirnya nanti, suatu masa kita dah betul – betul kasih dengan hanya melihat dia tidur atau melihat dia bergurau, semuanya otom4tik akan ok saja. Good luck dalam hidup yer.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.