Keluarga Ahmad tiba – tiba tak suka aku nak kahwin dengan Ahmad. Yang perempuan tu plak setuju je nak kahwin sedangkan tahu aku bercinta dengan Ahmad dulu. Lepas beberapa bulan diorang kahwin, aku pun kahwin dengan Ahmad jadi bini kedua, meroyan perempuan tu. Aku ingat akan bahagia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku pelkenalkan diri aku sebagai An. Aku menulis ni dalam keadaan aku tengah murung dan tertekan. Panjang luahan aku ni. Tujuan aku confess ni semata – mata nak luahkan rasa yang menyesakkan d4da aku sekarang ni.
Ini kisah benar yang terjadi kat aku, tiada yang aku reka – reka. Maaf kalau penulisan aku berterabur, dah lama sangat aku tak mengarang. Sebelum aku cerita panjang masalah kemurungan aku ni, aku nak bagitau macam mana bermulanya kemurungan aku tu.
Aku mula kenal pasti aku depr3ss bila aku kenal husband aku, Ahmad. Untuk pengetahuan, aku ni isteri kedua. Jangan kecam dulu, jangan kata aku salah saluran sebab luahkan kat page ni. Bagi aku page makcik – makcik bawang tu sekadar tempat untuk makcik – makcik bawang mem4ki hamun mencarut kat tt. Bagi aku jelaskan terlebih dahulu.
Aku dan Ahmad bercinta dari aku dekat Universiti, tahun pertama lagi. Tapi dapat tent4ngan daripada abang dan akak ipar Ahmad. Macam – macam yang abang dan akak ipar Ahmad buat untuk pisahkan kitorang. Aku pernah kena pukuI, sep4k ter4jang, m4ki hamun tu memang berbakul – bakul la.
Mak Ahmad pun tak terkecuali cuba pisahkan kitorang. 10 tahun kitorang bercinta, Ahmad kena p4ksa nikah dengan kawan baik akak ipar dia. Aku dapat tau pun dari makcik Ahmad yang memang kamceng dengan aku. (Many thanks to Mak Yah sebab sampai ke hari ni masih support dan bagi semangat kat aku.)
Beria sangat abang dan akak ipar Ahmad recommend kan perempuan ni, sekarang ni merupakan isteri pertama Ahmad. Kenal 2 bulan je terus nikah. Hebat kuasa Allah, tak mampu kita nak halang urusan j0doh ni. Ahmad ikutkan aje sebab nak puaskan hati family dia, lagipun abang dia dah ugvt macam – macam sampai nak buang dia dari family bagai kalau Ahmad masih bercinta dengan aku.
Aku frust giIa bila Ahmad macam takde pendirian, ikut je apa orang lain suruh. Beberapa minggu sebelum Ahmad bernikah dengan isteri pertama dia, aku kena pukuI sep4k ter4jang bila abang Ahmad tau yang kitorang masih berhubung.
Ketika tu Ahmad datang kat tempat kejadian dan berg4duh bertumbvk pulak dengan abang dia. Aku buat police report dan pergi hospitaI untuk check up. Tapi abang dia tak dikenakan apa – apa tindakan pun. Ahmad selamat bernikah dengan perempuan tu masa birthday aku. Surpr1se!!!!! Sedih sangat..
Masa tu aku kena outstation kat Kuantan dan rakan sekerja aku sorang pun tak perasan aku tengah sedih giIa masa tu. Sorang pun tak tau kekasih hati aku tengah happy bersanding masa tu. Aku sibukkan diri dengan kerja.
Pergi outstation kat KK ada 1 number tak dikenali call aku, tapi silent tak cakap apa – apa. Aku tak syak Ahmad call sebab 3 minggu dia tak contact aku. Seronok agaknya dah hidup berumahtangga. Aku cuba redha dengan ketentuan Allah ni.
Aku pikir mungkin Allah nak temukan aku dengan lelaki lain yang jauh lebih baik dari Ahmad. Aku balik dari outstation Ahmad datang office aku, mintak maaf merayu – rayu ajak aku nikah. Ahmad kata dia dah tak peduli apa nak jadi lepas ni.
Sudah semestinya isteri pertama dia meng4muk, call aku macam orang hilang akal. Mulanya aku pikir dah tak nak Ahmad wujud dalam hidup aku. Aku solat istikharah banyak kali. Pendek kan cerita, b0doh tak b0dohnya la aku nikah jugak dengan Ahmad lepas tu.
Mer0yan jugak la isteri pertama dia sebab baru je lagi jadi isteri tiba – tiba dapat madu. Untuk pengetahuan, sebelum diorang nikah, perempuan ni dan adik beradik perempuan ni dah jumpa dengan aku dan perempuan ni cakap dia tetap nak juga nikah dengan Ahmad walaupun tau aku dan Ahmad bercinta dah 10 tahun.
Bermula la nightmare dalam hidup aku. Isteri pertama control macam – macam sampaikan Ahmad tak berlaku adil kat aku. Letih dan penat berbincang dengan Ahmad apasal ni. Setiap kali aku ajak berbincang pasal ni je autom4tik akan terus jadi g4duh besar.
Ahmad tak balik rumah aku berhari – hari, kadang – kadang berminggu. Aku rasa sangat perubahan besar pada Ahmad. Aku ajak bincang elok – elok je pasal hak – hak aku dan anak tapi Ahmad terus melenting. Dia kata aku tak paham keadaan dia.
Aku tak minta lebih pun, aku cuma minta adil kat aku dan anak je. Sampai la Ahmad halau aku dan anak dari rumah tu. Adik aku yang datang ambil aku kemudian bawa aku balik rumah ibu bapa aku. Beberapa bulan lepas tu aku dan Ahmad berbaik semula.
Tapi sampai ke hari ni aku tak tinggal sebumbung dengan Ahmad. Bukan aku tak nak tapi Ahmad yang tak nak. Sebulan sekali je dia balik kampung jenguk aku dan anak. Anak aku dah nak masuk 3 tahun bulan depan, dah setahun lebih dia membesar tanpa perhatian ayah.
Bila tinggal di rumah parents aku jadi m4kin tertekan. Jiran – jiran kiri kanan mula tanya mana suami, kenapa tak tinggal sekali. Hujung minggu adik beradik aku balik rumah parents, aku rasa diorang pandang semacam je kat aku sebab aku hidup menumpang kat rumah parents.
Aku takde kerja. Aku rasa adik beradik aku dah tak nak bercakap dengan aku. Jadi, aku buat keputvsan sewa rumah lain tapi kerap juga aku balik ke rumah parents. Aku cari kerja untuk busykan diri supaya aku dapat lari dari depr3ssion yang aku rasa.
Tapi aku str3ss dengan persekitaran kat tempat kerja aku. Aku suka kerja aku tu, tapi aku tak boleh blah dengan manusia – manusia yang busy body tanya pasal rumahtangga aku dan ramai yang serkap jarang. Ada yang fitnah kata aku janda.
Ada yang hari – hari asyik perli janda suka kebas suami orang. Staffs lelaki pulak acah – acah try aku padahal diorang dah berbini dan beranak pinak. Seriously aku tertekan dengan orang camtu. Masa company annual dinner aku ajak Ahmad ikut sekali.
Lepas tu senyap cerita kononnya aku ni janda. Tapi dengar pulak suara – suara sumbang tak puas hati dengan gaji aku. Katanya aku buat kerja sama macam orang lain tapi kenapa gaji aku lagi besar. Apasal increment diorang cuma rm70 – 80 je sedangkan diorang dah kerja 5, 6 tahun.
Apasal aku dapat lebih berganda – ganda dari diorang. Mana diorang dapat tau tu aku pun tak tau, mungkin budak HR yang rapat dengan diorang yang sampaikan. Wallahu’alam. Kenapa la diorang tak boleh fikir dalam sebulan berapa kali diorang ambil mc, berapa kali datang lambat, berapa kali ambil EL, ada jaga KPI masing – masing tak, perform ke tak. Apasal tak boleh fikir.
Ada yang sengaja cari kesalahan aku. Pantang aku ada buat error sket habis di canang 1 tempat kerja. Str3ss dengan orang – orang camni aku ambil keputvsan untuk berhenti. Sekali lagi aku tak bekerja. Aku rasa susah sangat – sangat sekarang ni.
Ahmad memang bagi duit setiap bulan. Tapi cukup untuk beli pampers, susu dan jajan anak aku je. Aku dalam keadaan tertekan minta Ahmad ceraikan aku sebab aku dah tak rasa macam isteri dia. Tapi Ahmad tak nak ceraikan aku.
Family aku semua dah malas nak ambil port pasal rumahtangga aku sebab g4duh berbaik semula, g4duh berbaik semula. Sampaikan aku rasa sebenarnya family aku suka kalau aku ni hidup sebagai janda. Aku rasa d4da aku sesak sangat – sangat.
Aku jadi rimas dengan anak aku. Sumpah aku kesian kat anak aku. Aku pukuI dia. Aku m4ki dia. Pastu bila aku dah cool aku menyesal sangat – sangat. Aku menangis sampai bengk4k – bengk4k mata. Aku sayang sangat sangat sangat sangat sangatttttttt kat anak aku tu.
Aku tak nak dia membesar dalam keadaan macam ni. Tapi aku tak mampu nak kawal marah. Kadang – kadang aku asyik tidur je dan biarkan anak aku main sorang – sorang. Ya Allah bantu la aku. Aku putvskan hubungan dengan semua kawan – kawan aku.
Aku jadi silent reader kat fb dan wasap group. Diorang pm aku tak reply, call aku tak answer. Aku ada perasaan jealous tengok kawan – kawan aku berjaya, bekerjaya dan ada family yang bahagia. Aku rasa rendah diri sangat – sangat.
Nak buat apa pun aku dah takde rasa berkeinginan. Sampai ada masa aku malas makan, malas mandi, malas masak, aku asyik tido.. tido.. tido.. Ya Allah berikan la aku kekuatan, berikan aku kesabaran, berikan aku petunjuk, permudahkan segala urusan aku. Please aku merayu..
Ahmad tak nak cuba faham apa yang aku lalui. Tak support aku. Dulu kitorang tak macam ni. Dah bertahun aku cuma mengadu kat journal aku je. Journal aku fancy dan colourful sebab aku creative..Tapi tak macam hidup aku.. suram.
Aku sedih sangat – sangat sekarang ni. Selalu fikir nak m4ti je. Kerap rasa nak bunvh diri tapi takut la pulak. Takut nak g4ntung diri, takut nak t0reh lengan, takut nak t3rjun bangunan. Pastu terpikir pulak kalau aku m4ti macam mana dengan anak aku?
Ke aku patut sama-sama t3rjun bangunan dengan anak aku? <—bercakap macam orang takde pegangan agama kan? Mesti korang nak cakap camtu kat aku kannnnn… Korang tak paham.. Aku solat. Aku mengaji. Tapi jiwa aku tak tenang.
Korang nak kata solat aku tak sempurna ye? Menangis – menangis aku kat sejadah setiap kali solat sampaikan anak aku takut, dia diam je, pastu pujuk aku dan usap – usap bahu aku then cakap “ummi jangan la nangis, ummi diam ye.. Syyhhh syhhh”.
Anak aku umur 3 tahun wei.. aku kesian tengok dia. Ahmad memang ada wasap dan call aku, tanya khabar aku dan anak. Tapi aku dah takde feel, takde interest nak berbual dengan dia. Aku banyak senyap je. Dengan family pun aku tak banyak bercakap, macam bermusvh pulak.
Diorang tanya apa – apa aku akan jawab sepatah dua, tak pun angguk geleng je. Aku dapat rasa diorang anggap aku kurang ajar, mesti diorang tak fikir yang aku ni tengah s4kit jiwa. S4kit sangat – sangat. Tenat. Aku tak tau nak cerita kat saper.
Yang aku paling kesian sekarang ni kat anak aku, kesian dia dapat emak macam ni. Aku ni betul – betul tak guna. Aku takde masa depan. Aku rasa tak mampu nak bagi anak aku hidup senang macam anak – anak orang lain.
Pernah aku terfikir nak buang anak aku ni. Entah kenapa aku rasa dia macam 1 bebanan pada aku. Tapi lepas aku dapat berfikir macam orang w4ras aku rasa menyesal sebab pikir yang bukan – bukan. Sebenarnya aku ni giIa ke apa?
Aku takut sangat nak pegi jumpa psychi4trist. Lebih tepat lagi aku sebenarnya malu. Sekarang ni aku tengah menaip confession ni dalam gelap, dalam bilik sambil nangis – nangis. Anak aku kat rumah parents. Aku tak suka anak aku tengok aku dalam keadaan macam ni.
Aku selalu menyesal marah – marah anak aku, dia baru umur 3 tahun. Apa la yang dia tau. Aku cuba kawal marah aku ni, aku cakap elok – elok kat anak. Tapi tak lama, lepas tu aku tinggi suara semula. Ya Allah, kenapa dengan aku ni. Aku ni dah jadi giIa ke?
Lagu – lagu kat fon aku ni banyak lagu sedih – sedih. Aku delete semua lagu. Aku download lagu – lagu yang bersemangat dan bertenaga. Sampaikan lagu ”jika kau fikir kan kau boleh” tu pun ada kat fon aku ni. Punya la nak motivate diri.
Tapi sekejap je aku rasa ok. Pastu confirm down semula. Rumah aku takde TV. Bila balik rumah parents aku tengok TV tapi takde channel yang menarik. Layan channel diva dan axn je sebab kadang – kadang ada movie. Tapi movie nya pulak asek cerita murd3r, suami curang, br0ken family, br0ken hearted.
Aku bertambah str3ss. Last – last aku tengok ceria je la dengan anak aku. Dengan harapan hidup aku ni ceria la sikit pastu. Entah apa – apa yang aku confess kat sini. Nampak sangat jiwa aku kacau. Aku just nak luahkan apa yang aku rasa je.
Kepada yang baca confession aku ni sampai abis, terima kasih dan tolong la sama – sama doakan aku dimurahkan rezeki, doakan aku diberi kesabaran dan dapat teruskan hidup ni dengan penuh kegembiraan dan keceriaan.
Doakan aku jadi periang semula macam dulu. Dulu aku ni memang jenis happy go lucky, kawan aku siap gelarkan aku ni “pelawak wanita” sebab aku selalu buat diorang gelak. Aku tak tau la ke mana hilangnya An yang dulu.. Assalamualaikum. – An
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.